Tips Atasi rasa sakit bersalin

Orang kata kontraksi nak bersalin sakitnya ya ampunnn, boleh tahan sakitnya. betul ke? Bagi Ika pengalaman sebanyak 4 kali bersalin, kontraksi sebelum kelahiran boleh diatasi dengan cara pernafasan yang betul. Sejujurnya antara kontraksi bersalin vs jahitan episotomi, Ika lebih gerun dengan episod menjahit tuttt. In my next birth insyaallah jika berpeluang lagi, nak natural birth tanpa koyakan,amin.

Apapun mommy, ni antara tips untuk atasi sakit bersalin atau ketika kontraksi berlangsung. Insyaallah sangat membantu.


1. Banyakkan membaca ayat suci  Al-quran atau berselawat keatas Rasullah SAW bagi yang beragam islam. Antara doa yang baik dibaca ialah doa Nabi Yunus AS ketika berada didalam perut ikan paus yang bermaksud.
2. Bertenang dan cuba bersandar pada sesuatu seperti kerusi berkusyen atau bantal yang tebal.
3. Apabila kontraksi menyerang, tarik sedalam-dalamnya. Kemudian, hembus nafas keluar secara perlahan-lahan. Ulangi langkah yang sama sehingga rasa sakit berkurang dan hilang. Cara ini dapat memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat dimana ia penting ketika proses meneran berlangsung.
4. Minta suami urut perlahan-lahan bahagian belakang anda ketika kesakitan terasa. Namun, elakkan urutan dibahagian pinggang kerana ia akan menambah rasa sakit.
5. Kesakitan akibat kontraksi boleh anda kurangkan dengan mengiring ke sebelah kiri. Cara ini tidak akan menganggu pengaliran darah ke jantung.
6. Amalkan kaedah teknik pernafasan lamaze yang dapat melegakan ketegangan otot pelvik. Ia merangkumi cara berehat dan senaman tarik nafas yang boleh dipelajari didalam kelas antenatal. Adalah lebih baik jika suami turut mempelajari kaedah ini agar dia dapat membantu mengajar ketika anda berasa sakit.


"Bagi mengatasi rasa sakit bersalin, lazimnya doktor akan mencadangkan beberapa jenis kaedah penahan sakit yang bersesuaian. Sehubungan dengan itu penentuan kaedah kawlan sakit bersalin akan ditentukan berdasarkan status bukaan pangkal rahim anda. Antara kaedah biasa dicadangkan termasuklah suntikan, sedutan gas entonox dan pembiusan epidural."

Erm mommy masih tercari-cari Set Berpantang yang sesuai? Set pantang Shaklee antara recommended untuk mommy berpantang dengan gembira, free stress dan paling penting bertenaga. Percayalah mommy sekalian antara benda yang mommy nak dalam pantang adalah tenaga diri sendiri dan luka cepat pulihkan? haa inilah dia,  Set Pantang Shaklee insyaallah dapat atasi semua masalah lazim ketika mommy berpantang. Meh whatsapp Ika directly untuk pertanyaan dan order. Ika bantu.




Catat Ulasan

A Better You Today. Theme by STS.