Mengandung memang best, tapi pengorbanan si ibu sememangnya tidak ternilai. Hilang segala kecantikan tubuh badan selepas proses hamil dan bersalin adalah perkara normal akibat perubahan hormon sepanjang mengandung dan bersalin. Namun kita sering keliru selulit dan strecthmarks adakah perkara yang sama?Tidak sama sekali. Ianya berbeza.

Selulit adalah penumpukan lemak yang berlebihan pada jaringan kulit sehingga permukaan kulit menjadi kasar yang menyerupai kulit jeruk. Garis-garis pecah di kawasan tersebut berlaku disebabkan oleh pengumpulan toksin yang memusnahkan kolagen pada lapisan kulit sehingga menyebabkan lapisan darah kurang lancar. Selulit sering berlaku pada kawasan peha, punggung, ketiak dan sekitar perut kerana di kawasan ini mudah berlaku regangan kulit.

Manakala Stretch Mark pula tanda parut yang berupa garisan putih atau kemerahan yang memanjang dengan polar yang tidak teratur. kebiasaanya stretch mark berlaku pada wanita yang hamil akibat regangan kulit yang mengembang.

Selain itu, antara sebab lain berlaku stretch mark adalah kekurangan nutrisi seperti vitamin A, C dan E, pengambilan makanan berkolestrol yang berlebihan dan lemak yang tinggi. Bagi mereka yang mengabaikan kesihatan diri dan kebersihan sangat mudah untuk terkena stretch mark. Tiada istilah hanya ibu hamil sahaja yang akan melaluinya malah tidak kira orang dan usia.



Berat badan anda bertambah kira-kira 9 paun sepanjang 9 bulan anda hamil. Pertumbuhan secepat itu boleh menyebabkan stretch mark, terutamanya pada perut dan payudara anda iaitu dua kawasan yang mengalami pertumbuhan yang paling banyak. Stretch mark juga boleh muncul pada paha, punggung dan bahagian atas lengan. Tanda bagi stretch mark sering bermula kemerahan atau ungu, tetapi selepas kehamilan mereka secara beransur-ansur pudar ke putih atau semakin pudar.



Selulit Dari Obesiti/Kegemukan Mendadak

Pertambahan berat badan secara mendadak dapat membuat kulit mengalami peregangan dan berpotensi memunculkan garisan stretch mark. Pastikan anda mengamalkan pemakanan yang sihat dan lakukan senaman ringan setiap hari sekurangkan 5 hingga 10 minit. Tidak kira berada di tempat kerja mahupun dirumah, ambil masa yang terluang untuk melakukan senaman ini. Pengambilan makanan berkolestrol yang berlebihan dan lemak yang tinggi adalah punca berlakunya stretch mark. Makanan yang tinggi kolestrol boleh mengakibatkan kegemukan malah tidak elok untuk kesihatan badan.


Bila cerita pasal STRETCHMARKS nie memang ia adalah umpama mimpi ngeri buat kebanyakan ibu-ibu yang dah bersalin. Stretchmark ini muncul akibat kulit meregang dalam waktu yang singkat sehingga kulit kehilangan elastisinya. Sebenarnya, salah satu cara untuk menghilangkan ataupun mengurangkan stretchmark ini adalah dengan pengambilan protein yang mencukupi bagi memperbaiki sel-sel kulit yang berparut.

ESP Shaklee adalah produk yang mengandungi sumber protein yang tinggi terbukti sangat berkesan. Kenapa mesti mengambil sumber protein? Ini adalah kerana protein merupakan asas makanan kepada sel. Ia sangat penting untuk pembentukan dan pembaharuan sel. Apabila sel sihat dan bertenaga, penyerapan nutrien akan jadi lebih optimum.


ESP merupakan makanan tambahan yang berasaskan soya. Soya pula sangat kaya dengan protein. Protein akan dapat membantu dalam meremajakan kulit. ESP Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah.

Protein diperlukan untuk membaiki tisu dan pembinaan tisu baru. Setiap sel memerlukan protein untuk mengekalkan kehidupan. Protein juga bahan utama yang digunakan untuk "menggantikan" sel-sel mati. Jadi sel-sel mati di bahagian perut yang menimbulkan stretch mark dapat dibuang dengan lebih berkesan. 


Tahukah anda segala perubahan ketika hamil tersebut boleh diatasi dengan Set Hamil Shaklee antara pilihan terbaik ribuan mommy. Ramai yang berpuas hati dengan keberkesanan Set Hamil Shaklee kerana lengkap untuk keperluan nutrisi sepanjang kehamilan.

Bayi berkembang dengan baik, malah kebanyakan pengguna mengakui lebih cergas berbanding kehamilan sebelumnya tanpa pengambilan suplemen. masalah normal ketika hamil seperti berat naik tidak terkawal, Hb darah rendah, keletihan melampau juga sapat diatasi. Mommy yang masih tercari suplemen, Set Hamil Shaklee sememangnya pilihan tepat. whatsapp Ika directly untuk order dan sebarang pertanyaan ATAU ORDER SEKARANG melalui Online Shopping (tekan link dibawah)



Atau dapatkan Set Wellness Starter Pack untuk lebih banyak penjimatan
Promo ini valid sehingga 28 FEBRUARI 2019, jom rebut peluang untuk nikmati kesihatan lebih baik sepanjang kehamilan dan pantang.

So mommy yang nak cuba set Hamil/pantang atau wellness pack Ika sangat sarankan kerana nutrisi yang dicadangkan sangat lengakp untuk keperluan asas tubuh tambah lagi yang hamil dan sebagainya, honestly memang Set Nutrisi Shaklee banyak untuk menjamin keberkesanan, 10 in 1 ke apa, memang nutrisi dari shaklee khas untuk vitamin dan mineral yang berlainan yang sememangnya diperlukan tubuh badan. Boleh klik ESELL ORDER NOW untuk order online.



Rujuk cara order online disini atau boleh whatsapp Ika directly



WhatsApp: 013-3392721
Email: nuratikahmat@gmail.com
Add FB Ika: untuk kenal Ika lebih dekat @Atikah Mat
Klik Like Fanpage Ika: Mommy Daily untuk mengetahui banyak tips dan info serta  Rahsia Hamil Pantang untuk diskaun hebat dan info percuma tentang produk Shaklee dengan lebih details!

Masyaallah terjumpa artikel hebat dari Prof Muhaya, Ika wajib share supaya ramai yang dapat manfaat dari penulisan ni, sebabnya ramai antara kita masih terkongkong dalam pemikiran yang sempit, negatif dan terlampau takut dan tidak yakin bertempat. Ika baca banyak buku tentang rezeki tapi Masyaallah sentapnya bila dijentik ayat-ayat yang sangat tepat tapi kebanyakan kita ego untuk menerima hakikat diri, sebab kita rasa kita dah tahu. Soalan yang paling Ika sangat terkesan, bila ditanya seorang ustaz, untuk apa kita solat? Kenapa kita sujud setiap hari?Soalan bukan sekadar persoalan, tapi bila dikupas mendalam menitis air mata. Betullah kadang tahap keyakinan kita kat Allah ni setakat mana? Kita kena refleks diri sendiri. Betul-betul yakinkah, atau ada was-was, atau takut-takut? Kehidupan yang positif, tenang dan bahagia itu sebenarnya datang dari solat kita. Allahu. 



SEMUA orang mahukan hasil kehidupan yang baik/positif; hidup dalam tenang, bahagia, sihat dan memiliki wang yang banyak. Namun begitu, tidak semua orang mampu memilikinya. Ada orang memiliki banyak wang, tetapi hidup mereka tidak tenang dan bahagia kerana menghadapi penyakit kronik. Dengan sebanyak mana wang pun tidak dapat mengubati penyakit mereka, malah hidup mereka hanya menunggu dan mengira hari kematian. Wang tidak mampu membahagiakan kita apabila sakit. Ada orang yang miskin hidup mereka, tetapi hidup bahagia dan tenang, kerana mereka diberi Allah kesihatan yang baik. Sesungguhnya, walaupun, segala-galanya memerlukan wang, tetapi tidak semua masalah boleh diselesaikan dengan wang.Ada orang yang kaya raya hidup mereka, tetapi hidup tidak tenang, kerana takut hilang kekayaan dan semakin tamak dengan kekayaan duniawi. Mereka sanggup berbuat apa-apa sahaja, walaupun menyalahi dari segi hukum agama, mereka tidak kira asalkan boleh dapat apa yang mereka hajatkan.




Sebaliknya ada orang yang miskin, tetapi sentiasa bersyukur dan reda dengan apa yang mereka ada dan tidak pernah persoalkan apa yang mereka tiada. Ingatlah bahawa “wang” akan membuka “topeng” siapa kita, (sama ada dengan wang itu kita menjadi orang yang lebih beriman atau sebaliknya). Perangai/sikap kita dipengaruhi oleh “pilihan”. Setiap orang boleh mendapat hasil kehidupan yang positif/baik dengan cara mempraktikkan formula “Reset Minda”; FIKIRAN POSITIF – EMOSI POSITIF – RESPONS POSITIF – TINDAKAN POSITIF – HASIL KEHIDUPAN POSITIF, dengan membuat pilihan kehidupan yang betul.



Perangai/sikap manusia ini, 50 peratus sahaja pengaruh hidup kita dikuasai oleh genetik yang diwarisi daripada ibu dan ayah kita, dan 10 peratus sahaja dipengaruhi oleh persekitaran. Dan 40 peratus lagi kehidupan dan perangai/sikap kita dipengaruhi oleh “pilihan” kita yang berdasarkan kepada “fikiran”. Untuk mendapatkan empat hasil kehidupan yang positif iaitu pertama, untuk mendapatkan ketenangan, tingkatkan ketakwaan – “Orang tenang sentiasa menang”. Kedua, untuk mendapatkan kebahagiaan, jaga silaturahim – “Bahagia dan membahagiakan”. Ketiga, untuk mendapatkan kesihatan, pilih pemakanan – “Makan makanan sihat, bukan makan makanan sedap”. Keempat. untuk mendapatkan kekayaan, gigih dalam pekerjaan – “Duit alat meningkatkan ketakwaan”. Jom kita lakukan transformasi pertama; daripada orang yang tidak tenang menjadi tenang.



Transformasi pertama yang mesti dilakukan adalah transformasi akidah, ibadah dan akhlak. Renung, nilai dan perbetulkan diri sendiri dahulu, sejauh mana hubungan kita dengan Allah; kalau jauh dekatkan, kalau rapuh teguhkan. Nilai kehidupan keluarga kita; adakah memberat ke arah duniawi dengan “kesedaran keegoan”, atau memberat ke arah persediaan kehidupan di akhirat dengan “kesedaran ketuhanan”? Apabila urusan dengan Allah terjaga, urusan dengan sesama manusia juga akan terencana dengan penuh makna. Kita akan tenang jika setiap hari dapat mengelak daripada membuat dosa dan mempertingkat keimanan kepada Allah SWT. “Tinggal kedegilan dan mulakan ketakwaan”.


Kedua, jom kita melakukan transformasi; daripada orang yang hidup duka lara kepada hidup bahagia. Untuk bahagia hapuskan semua pemikiran negatif yang membuahkan tujuh emosi negatif yang akan membunuh kebahagiaan, iaitu rasa takut, benci, dendam, tamak, tahyul, marah dan dengki. Kita melebihkan penghargaan, menyebut kebaikan dan mengurangkan kritikan.
Jangan bersedih mengenang masa silam, kita tidak akan menjadi seperti yang ada kini, kalau tidak melalui zaman silam itu. Kalau kita berdosa, bertaubat. Kalau melakukan kesilapan, betulkan. Kalau melukai hati orang, mohon maaf. Kalau hati dilukai, maafkan. Lakukan transformasi diri tinggalkan segala yang negatif dan mulakan kehidupan positif. Jika kita tutup semua kisah duka lara kita, kita akan melupakannya dan kebahagiaan pasti menjelma.


Ketiga, jom kita melakukan transformasi; daripada orang yang sakit kepada orang sihat. Racun paling utama dalam pemakanan kita, tanpa manusia sedari ialah “gula”. Gula menjadi penyebab utama penyakit kencing manis. Kencing manis pula, menjadi penyebab utama kepada penghidapnya mengalami kegagalan buah pinggang dan seterusnya menjadi buta. Selepas menjadi doktor mata lebih 30 tahun, (daripada pengalaman dan pengamatan), saya dapati kebanyakan pesakit datang berjumpa saya untuk rawatan matanya yang kronik, dalam keadaan buah pinggangnya yang rosak, dan kaki dipotong, sama ada sebelah atau kedua-duanya sekali. Banyak orang menyalahkan faktor luaran yang menyebabkan nasibnya menjadi buruk, tetapi tidak menyalahkan faktor dirinya yang silap dalam membuat pilihan keputusan kehidupannya.


Oleh sebab itu, kita mesti lakukan transformasi, menghindari tabiat hidup yang suka memilih makanan sedap, bukan makanan sihat. Mulai dari sekarang mari kita banyak meminum air kosong daripada memilih minuman bergula atau berkarbonat. Di tangan kitalah letaknya pilihan makanan yang hendak disuapkan ke mulut; yang akan menjadi “racun” (menjadikan kita sakit) atau “zat” (menjadikan kita sihat). Ingatlah, melakukan kesilapan bukanlah satu kesilapan. Tetapi, mengulangi kesilapan yang sama itulah kesilapan yang sebenar.


Keempat, jom kita melakukan transformasi; daripada orang miskin kepada menjadi kaya. Dua perkara yang paling berharga adalah: masa dan fikiran. Jaga bagaimana cara kita menggunakan kedua-duanya. Bekerja dengan ikhlas tanpa mengharapkan penghargaan, dan bekerja keras mencari kekayaan yang menjadi perantaraan untuk meningkatkan ketakwaan. Ramai orang takut menjadi kaya dan lebih reda hidup dalam kemiskinan atau kesederhanaan. Takut menjadi kaya, sebab tanggapan negatif; apabila kita kaya bimbang kita menjadi sombong dan lupa diri. Hiduplah di dunia ini sebagai destinasi untuk memberi, dan hiduplah di akhirat sebagai tempat untuk menerima dan dapat apa yang telah kita buat sepanjang hayat. Jadilah kita seorang yang dengan kekayaan boleh bahagia dan membahagiakan orang.



Ingatlah bahawa, hanya orang yang bahagia dapat membahagiakan orang, dan hanya orang yang tenang dapat menenangkan orang. Semua orang mendambakan kebahagiaan/kegembiraan dan ketenangan. Bagi mengecap kebahagiaan dan ketenangan abadi amalkan empat perkara.
Pertama, kasih sayang tanpa syarat. Kedua, sentiasa memaafkan. Ketiga, penuh bermurah hati. Keempat, bergantung hanya kepada Allah SWT. Jangan biarkan apa-apa yang berlaku semalam, mengganggu masa kita hari ini. Oleh itu berhenti daripada menyesal dan menyalahkan apa yang berlaku semalam. Niat gunakan hari ini sebaik mungkin, untuk dekat dengan Allah dan mencari kejayaan di dunia dan akhirat. “Jom jaga diri, jaga akidah, ibadah dan akhlak”.


Ika suka sangat artikel ni sebab secara tak langsung menyedarkan Ika apa yang Ika buat sekarang bukan semata-mata untuk keuntungan. Ika nak sebarkan manfaat supaya semua orang dapat lalui kehidupan yang lebih baik lebih-lebih lagi seorang wanita yang banyak kekangan akibat pengurusan masa yang tidak tepat. Betapa dulu Ika dalam pemikiran yang sempit dan tidak berlapang dada. So, mommy yang masih mencari diri, jom bersama Ika gapai impian yang dilupakan. Kita semua mampu dan boleh capai apa yang kita nak kerana pilihan ditangan kita, dan yang penting kita percaya diri kita sendiri.


Ada yang nak berbisnes tapi tiada modal, atau nak bisnes yang berisiko rendah. Antara sebab kukuh Ika pilih Shaklee adalah bisnes RISIKO RENDAH. Ika tak perlu modal untuk ambil stok bagai, hanya daftar ahli RM65 dah boleh start bisnes. Tak perlu simpan stok dan tiada istilah stok bucu katil, takdelah sedih sebulan tak balik modal.Income bulanan, uols yang tentukan sendiri uols nak income berapa. Pilih team yang betul yang dapat bantu uols sungguh-sungguh untuk berjaya. Bisnes Shaklee memang best sebab ada mentor yang bagi jalan, share banyak ilmu bisnes bagaimana cari pelanggan, tarik pelanggan, close sale, belajar copywriting dan banyak lagi, yang penting ilmu yang dapat tu terus apply secara praktikal, insyaallah akan nampak dan rasa hasilnya.
Jom whatsapp Ika.


Nampak macam limau biasa, tapi bila dicarigali banyak manfaat yang kita dapat dari limau kasturi ni.

1. Ubat batuk
limau+kicap+garam = minum setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih

2. Ubat demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. Ubat ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

4. Ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut. Air limau kasturi juga sangat baik untuk ibu hamil yang mabuk dan alahan, minum air suam perahan limau kasturi sangat membantu mommy lega dan hilang rasa loya.

5. Ubat lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

6. Ubat kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

7. Ubat kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

8. Ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

9. Ubat wangi rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

10. Ubat kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.

In shaa Allah..
Kita hanya berikhtiar,
Allah yang menyembuhkannya..

Manfaat Vitamin C dan tinggi antioksidan juga dapat diperolehi dari Vitamin C sustained Released yang mana:-

Kebaikan Vitamin C Shaklee 
1- Vitamin C untuk kulit
  • Merangsang pembentukan kolagen dalam badan dengan mengekalkan enzim aktif yang terlibat dalam penghasilan kolagen.
  • Melindungi kolagen daripada kerosakan oksidatif.
  • Mengurangkan kerosakan akibat cahaya matahari.
  • Mencerahkan kulit secara sekata.
  • Memperbaiki kulit yang berjerawat.
  • Mencegah / mengurangkan pigmentasi penyebab utama jeragat.
  • Pemulihan luka, melecur dan ulser.
  • Berfungsi sebagai agen anti-radang.

2- Vitamin C untuk kesihatan
  • Meningkatkan sistem imun - membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi, bantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.
  • Memperbaiki insomnia.
  • Meningkatkan tenaga dan mencegah keletihan.
  • Menghasilkan bahan pemancar saraf (neurotransmitter).
  • Mencegah penyakit buta akibat katarak.
  • Mencegah batu karang pundi hempedu.
  • Menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah.
  • Menghindar arteriosclerosis.
  • Mengekalkan kapilari darah yang sihat. 
  • Mengekalkan kolesterol dan tekanan darah yang sihat.
  • Memperbaiki stress & masalah berkaitan mental.
  • Memperbaiki resdung seperti bersin.

3- Vitamin C untuk perangi kanser
  • meningkatkan interferon semulajadi tubuh untuk merangsang pengeluaran T-cells melawan kanser, membuang kimia berbahaya & menghapus radikal bebas.

4- Vitamin C untuk Gout
  • mengurangkan risiko penyakit gout
  • menurunkan paras asid urik
Anda mencari solusi untuk meningkatkan tahap kesihatan anda? Suplemen tambahan satu alternatif dan keperluan masa kini untuk menjadi pembina sel-sel tubuh badan yang kekurangan nutrisi kerana perubahan gaya pemakanan masa kini ditahap membimbangkan. Shaklee adalah peneraju syarikat nutrisi semula jadi di A.S.



Kami berpendapat kesihatan yang baik adalah perkara yang paling berharga di dunia. Tanpanya, semua perkara lain menjadi tidak bermakna. Kerana itulah setiap bahan yang dimasukkan ke dalam botol Shaklee telah dicipta untuk menjadikan anda lebih sihat. Dan kerana ia terbukti, anda pasti tidak sabar untuk bercerita kepada keluarga dan rakan mengenainya.



Jom cuba suplemen terbaik dipasaran dunia ni. Boleh klik ESELL ORDER NOW  untuk shopping online.

Rujuk cara order online disini atau boleh whatsapp Ika untuk sebarang pertanyaan atau konsultasi cadangan suplemen.




Ika rasalah pengalaman sembelit ni semua orang pernah alami, lagi-lagi makan tak ingat dunia. Ada jugak yang jenis membuang 3 hari sekali, seminggu sekali. Actually tak normal jika kita membuang dalam jarak yang terlalu lama, kerana normalnya proses menyahtoksin berlaku setiap hari. Penting sebab badan kita akan menjadi berasid bila terlalu lama menyimpan sisa toksin yang boleh menjadi punca kepada sebarang penyakit. 

Masih segar dalam ingatan Ika selesai bersalin anak nombor dua, pada hari Ika nak discaj doktor nak check balik jahitan kat bawah tu dengan menyeluk, adoii nak sebut pun ngerii wehh, beraturlah yang mana boleh discaj hari tu, seorang kakak ni sempat mengadu dia tak boleh berak lagi, malah buasir dia dah keluar. Allah, kesian sangat Ika dengar sambungnya lagi dia ada masalah sembelit bermula dari awal kandungan sampailah bersalin, bila hampir bersalin dan sarat sembelit makin teruk hingga terjadi buasir. Kesian sangat cerita akak tu, sampai nak buat kerja apa semua tak selesa akibat masalah sembelit. Lagi menderita lepas bersalin tambah yang jahit banyak macam akak tu, memang menangislah. Ika yang cinonet kena jahit bila sembelit pun menangis teruk, sakit sangat menahan sakit takut jahitan terbukak.

Punya panjang perjuangan seorang mommy ni. Sudah beranak satu hal, pantang satu hal, bab masuk jamban pun satu hal dalam pantang kalau berak tahi keras melantun. Rasa macam nak keluar,tapi tak keluar-keluar, seksa feeling tu, nak duduk tak senang duduk, berdiri baring pun tak senang, kesnya macam ada something elok parking kat lorong tu. Nak teran sesuka hati tak boleh, sakit! peranakan pun berisiko turun balik."Feeling" tu hanya mommy yang alami je tahu. Nak makan makanan sumber banyak fiber pun limited dalam pantang, nak minum air banyak pun ada pantang larang. 

Tahukah anda di Amerika Syarikat sahaja, selain aspirin, jualan julap lebih tinggi berbanding ubat lain? Sebanyak USD 700 juta dibelanjakan setiap tahun untuk membeli julap dalam mengatasi masalah kerap sembelit yang kronik di kalangan orang dewasa.
Meskipun mampu mengatasi masalah kerap sembelit, penggunaan julap yang berterusan dalam jangka masa lama lebih banyak keburukannya antaranya ketidakseimbangan elektrolit dalam badan, dehidrasi, jangkitan usus, kerosakan buah pinggang dan hati.



9 SEBAB MENGAPA ANDA KERAP SEMBELIT
Antara sebab terjadinya sembelit adalah:

1. MALAS BUANG AIR BESAR
Malas menunggu najis keluar sehabisnya ketika membuang air besar. Selalu terjadi pada anak kecil yang sedang belajar ke tandas 
2. NAJIS YANG TERLALU KERAS
Najis keras dan sakit apabila meneran menyebabkan pendarahan pada usus atau rektum. 
3. SELALU TAHAN BERAKMenahan daripada membuang air besar disebabkan sedang bekerja, tandas tidak selesa, atau sebagainya,
4. ANGIN DALAM BADAN
Masalah penghadaman yang disebabkan oleh angin dalam badan, abdominal cramp dan kembung perut. Cuba berurut dengan pakar dan mereka yang mahir. 
5. KURANG CECAIR DALAM BADAN
Kurang fiber dan cairan dalam badan adalah faktor paling utama dan paling mudah untuk diselesaikan. Banyakkan minum air kosong dan lebihkan sayuran dan buah-buahan dalam diet anda. 
6. TEKANANTerlalu stres juga boleh menyebabkan sembelit selain menjadi punca kepada pemakanan yang tidak sihat.
7. TRAUMA LEPAS BERSALINTrauma yang teruk, contohnya selepas bersalin dan rasa takut untuk meneran
8. KURANG ZAT BESI
Kurang zat besi dalam badan hingga tiada tenaga untuk meneran. 
9. FAKTOR UMUR
Biasanya warga tua mengalami masalah ini akibat fungsi organ yang kurang efisyen, kurang bersenam, atau kurang pergerakan badan.




CARA MENGATASI MASALAH KERAP SEMBELIT
1. AMBIL SERAT
Lebihkan pengambilan serat dalam setiap hidangan. Serat banyak terdapat dalam sayuran dan tumbuh-tumbuhan. 
2. MINUM BANYAK AIRMinum sekurang-kurangnya 1.5 liter air setiap hari
3. MAKAN HERBA DAN REMPAH
Masukkan herba dan rempah-ratus dalam hidangan seperti halia, kunyit, cili merah, ketumbar dan jintan manis. Kebanyakan herba dan rempah-ratus ini memudahkan penghadaman dan membuang toksin yang berkumpul pada hati, buah pinggang, perut dan limpa. 
4. CUKA EPALSebaik bangun tidur, minum satu sudu cuka epal. Ia meningkatkan penghasilan asid dalam perut secara tak langsung membantu penghadaman dan perkumuhan.

5. LEMAK BERKHASIAT
Makan lemak yang berkhasiat seperti minyak zaitun, minyak macadamia, avocado, ikan sardin, ikan kembung, ikan kurau, butter dan kekacang.
6. ELAKKAN PROTEIN BERLEBIHAN
Elak mengambil protein secara berlebihan. Memadai dengan satu genggam untuk satu hidangan. 
7. SENAMAN PERNAFASAN
Lakukan senaman pernafasan setiap hari. Pernafasan yang sekata membantu menghilangkan stress dan melonggarkan saraf yang tersumbat

8. BANYAKKAN PERGERAKAN FIZIKAL
Lakukan senaman dan regangan badan. Senaman meningkatkan metabolisma, meningkatkan simulasi kontraksi usus dan melawaskan perkumuhan

9. SENAMAN MENCANGKUNG
Lakukan senaman mencangkung. Ia memberi tekanan pada perut dan usus, sekali gus memberi ‘gesa’ untuk buang air besar.
Ika kenal Ostemtarix bukan kes sembelit, tapi akibat sakit badan yang amat teruk. Alhamdulillah bila dah consume, dalam masa yang sama, part sembelit ni dah jarang sangat Ika alami. Serius berak sembelit lagi seksa dari beranak, bila mendapat kena sembelit, kes tertangguh membuang 3 hari 3 malam, maka hasil makan selama tu punya seksa nak keluar terowong kepala keretapi. Kes lupa ambil ostematrix tu, tertido awal. Ya Rabbi seksa, rasanya pengalaman sembelit dulu takdela tara ni. Kotlah. Sebab dah lupa, tapi betullah nikmat dapat berak lancar pun satu nikmat besar yakmat. Teringat pulak cerita sultan dan adiknya, sampai sanggup bagi kerajaan miliknya supaya adiknya yang zuhud mendoakannya dapat balik nikmat kencing dan berak. Sembelit ni sama macam nak beranaklah, teran habis nafas pun, kalau dia tak nak keluar, memang tak keluarlah. Push at the right time, Out at the right time, cemtulah perumpamaannya. So time pantang ni lagi double triple seksa sebab kita nak berperang dengan jahitan kat 'tuutt'. Tengok jamban pun meremang bebulu dia punya seram tu. Taubat dah tak nak skip dah makan ostematrix. Biasa kalau telan ostematrix najis lembut, dan rehatkan otot dalam usus dan kurangkan sembelit.

🐾: petua dari orang melaka, sapu minyak untuk lancarkan dan kurangkan sakit ketika membuang

So mommy yang sembelit teruk Ika recommend sangat ambil Herb-Lax dan ostematrix, Ika jamin, seminggu pun dah settle masalah sembelit teruk. Memang sangat berkesan takde effect perut memulas sehingga perlu berlari ketandas bila nak membuang, yelah certain ubat memang buat kesan membuang tu serta merta. Dua tu memang lembutkan najis dan lancarkan pembuangan najis secara normal. So bersempena Sale bulan Disember ni, uols boleh grab Set Twinpack vivix, promo valid hingga 28 Februari 2019.  Yang nak grab PROMO NEW MEMBERSHIP, boleh place your order thru online shopping, klik saje icon ESELL ORDER NOW. 



  Rujuk cara order online disini atau atau boleh directly whatsapp Ika {klik ikon whatsapp}



SEKIRANYA anda pernah mendengar bahawa tekanan darah tinggi berbahaya pada jantung, otak mahupun buah pinggang, anda juga harus berwaspada sekiranya merancang untuk hamil. Ini kerana salah satu ancaman kesihatan paling serius dan kerap berlaku sepanjang tempoh kehamilan ialah tekanan darah tinggi atau juga dikenali sebagai hipertensi.Sehubungan itu, pemeriksaan berkala penting bagi memastikan tahap kesihatan ibu dan janin dalam keadaan baik sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah proses kelahiran.




Ketua Jabatan Pertumbuhan dan Pembangunan Manusia dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Universiti Putra Malaysia - Hospital Kuala Lumpur (UPM-HKL), Prof. Madya Dr. Noraihan Mohd. Nordin berkata, pemeriksaan berkala yang dilakukan sepanjang tempoh kehamilan adalah untuk mengesan sama ada wanita terbabit menghidap hipertensi atau sebaliknya.
Ini kerana hipertensi yang tidak terkawal atau dibiarkan tanpa rawatan boleh menimbulkan pelbagai komplikasi.

``Komplikasi yang membahayakan nyawa ini boleh berlaku pada kedua-duanya sekali iaitu ibu dan juga janin dalam kandungan,'' katanya.

Tekanan yang tinggi pada pembuluh darah dimanifestasikan sebagai tekanan darah tinggi. Kehamilan yang menyebabkan hipertensi (Pregnancy Induced Hypertension - PIH) berlaku apabila tekanan darah diastolik (bacaan bawah) mencecah lebih 90mm Hg. Adakalanya keadaan ini disertai dengan protein dalam air kencing. Menurut beliau, hipertensi yang disertai dengan protein dalam air kencing semasa hamil yang dikenali sebagai preeklampsia ini biasanya berlaku pada trisemester kedua kehamilan iaitu selepas 20 minggu kehamilan.

Preeklampsia atau PE biasa berlaku pada wanita hamil dalam usia yang terlalu muda atau wanita yang telah berusia. Apa yang membimbangkan, PE ini tidak menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal.

``Sebaliknya gejala PE akan timbul apabila ia telah berada di tahap yang serius,'' ujarnya.

Menurut Dr. Noraihan, hipertensi yang tidak dikawal sepanjang tempoh kehamilan boleh meningkatkan risiko seseorang ibu mengalami beberapa gejala tertentu.

``Ini termasuklah tekanan darah tinggi, bengkak pada pergelangan kaki dan kehadiran protein dalam air kencing (protenuria) atau juga dikenali sebagai kencing kotor.

``Keadaan atau gejala ini yang juga dikenali sebagai PreEklampsia biasanya berlaku pada tiga bulan kedua tempoh kehamilan,'' katanya.

PreEklampsia boleh menyebabkan tekanan darah meningkat agak tinggi dan akhirnya menyebabkan masalah pada sistem peredaran darah.

Malah, ia juga boleh menyebabkan gangguan pengaliran darah pada uri.

``Kekurangan bekalan darah ke uri menyebabkan janin kurang mendapat zat makanan, bayi menjadi kecil dan masalah-masalah lain,'' ujarnya. Pada peringkat yang serius, pertumbuhan bayi terencat dan akhirnya menyebabkan kematian pada janin.

Sehubungan itu, penting supaya PreEklampsia dipantau dan dirawat dengan teliti. Menurut healthAtoZ.com., kadar kejadian PE semakin meningkat di Amerika Syarikat berikutan dua faktor utama iaitu lebih ramai wanita yang merancang untuk mendapat anak lewat dan kelahiran berganda.
Dr. Noraihan memberitahu, PE yang tidak dipantau, menyebabkan ia boleh melarat dan wanita terbabit mendapat penyakit eklampsia.

``Eklampsia menyebabkan seseorang itu mendapat serangan sawan dan meningkatkan risiko kematian kepada ibu dan bayi dalam kandungan,'' katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, mereka yang mempunyai hipertensi tidak semestinya mempunyai PreEklampsia.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan mereka yang ingin hamil dalam lingkungan usia yang agak lanjut supaya berbincang dengan pakar perubatan.

``Sebaik-baiknya pastikan kesihatan anda dalam keadaan baik sebelum memutuskan untuk hamil kerana risikonya agak tinggi,'' ujarnya.

Janin yang sedang membesar mendapat seluruh sumber keperluan termasuk zat makanan, oksigen dan sebagainya daripada ibunya. Sehubungan itu, jumlah darah dan zat makanan mencukupi yang melalui uri dan tali pusat diperlukan.Bagaimanapun, PE boleh menjejaskan proses ini daripada berjalan dengan sempurna. Menurut Persatuan Perubatan Amerika, PE biasanya berlaku di kalangan kehamilan kali pertama. Malah, mereka yang mempunyai sejarah pernah menghidap hipertensi berisiko tinggi untuk menghidap penyakit ini. Justeru, sepanjang tempoh kehamilan wanita terbabit dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan berkala air kencing dan memantau tekanan darah mereka.

JENIS HIPERTENSI 

Kehamilan yang menyebabkan berlakunya hipertensi boleh diklasifikasikan dalam beberapa kategori:

* Gestasi hipertensi
Hipertensi yang berlaku pada separuh akhir tempoh kehamilan atau 24 jam pertama selepas kelahiran tanpa sebarang tanda-tanda preeclampsia atau hipertensi kronik.

* PreEklampsia
Peningkatan tekanan darah sehingga bacaan darah mencecah sehingga 140/90mm Hg atau lebih tinggi disertai dengan beberapa gejala seperti kandungan protein berlebihan dalam air kencing (kencing kotor). Ia biasanya berlaku selepas 20 minggu kehamilan.

PreEklampsia juga terbahagi kepada beberapa peringkat seperti sedikit, sederhana dan teruk. Pada peringkat yang serius, terdapat gejala yang boleh membawa kepada eklampsia. Apabila ini berlaku ia boleh membawa maut.

* Eklampsia
Diertikan sebagai berlakunya serangan sawan di kalangan wanita yang tidak menghidap epilepsi tetapi mempunyai ciri-ciri eklampsia. PE yang tidak dipantau dengan teliti boleh membawa kepada keadaan ini. Apabila ini berlaku, wanita akan berdepan dengan komplikasi seperti kegagalan buah pinggang, paru-paru berair, darah tidak beku, kegagalan hati berfungsi dan sebagainya.

* Kronik hipertensi

Kronik hipertensi iaitu mereka yang sememangnya menghidap hipertensi. Mereka yang mempunyai kronik hipertensi semasa hamil berisiko mendapat PE.

GEJALA/TANDA HIPERTENSI

PE tidak menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal. Manifestasi awalnya adalah hipertensi, yang diikuti dengan kencing kotor.

GEJALA PRE-EKLAMPSIA


* Sakit kepala yang tidak berkurangan
* Loya
* Muntah-muntah
* Pening
* Penglihatan kabur
* Sakit pada perut

Ini adalah peringkat yang berbahaya. Sekiranya bayi tidak dilahirkan ia boleh membawa kepada eklampsia.

Wanita yang berisiko mendapat PreEklampsia

* Wanita yang hamil buat kali pertama. Dianggarkan 10 peratus wanita yang hamil kali pertama mendapat PE.
* Wanita yang berusia
* Sejarah keluarga
* Menghidap penyakit buah pinggang, diabetes, reumatoid artritis, lupus dan sebagainya.
* Borderline hipertensi
* Mereka yang tidak menjalani pemeriksaan prenatal secara tetap.
* Mereka yang sememangnya menghidap hipertensi sebelum hamil

PUNCA HIPERTENSI


Sehingga hari ini, punca berlakunya PIH ini masih tidak diketahui.

PENCEGAHAN
Menjalani pemeriksaan dari masa ke masa dan mengawal hipertensi semasa hamil. Wanita yang berumur, mempunyai hipertensi dan berisiko tinggi perlu mendapat kaunseling sebelum hamil.

RAWATAN
Satu-satunya rawatan untuk PE ialah dengan melahirkan bayi. Ini kerana sebelum ibu mendapat serangan sawan, ia boleh mengancam nyawa kedua-duanya.

Bagaimanapun, kelahiran ini hanya boleh dilakukan sekiranya janin telah mencecah usia 32 minggu atau matang atau terdapat kemudahan yang lengkap di unit neonatal.

sesetengah unit neonatal yang dilengkapi dengan kemudahan canggih boleh menyelamatkan bayi yang tidak cukup bulan.

Sekiranya janin tidak cukup bulan, doktor akan memantau kesihatan ibu dan janin sehinggalah janin tersebut berada di tahap yang selamat untuk dilahirkan.

Bagaimanapun, jika terdapat tanda-tanda kesihatan ibu berada pada tahap berbahaya, maka bayi terpaksa dilahirkan walaupun tidak cukup bulan.

KOMPLIKASI PRE-EKLAMPSIA

* Kematian bayi
* Bayi yang dilahirkan kecil atau terencat
* Mengalami masalah terencat akal
* Uri yang tercerai daripada rahim
* Bayi lemas semasa kelahiran
* Bayi yang tidak cukup bulan.

Pada peringkat yang lewat, ibu pula akan mengalami komplikasi seperti:

* Kegagalan buah pinggang
* Paru-paru berair
* Kegagalan hati berfungsi
* Pengumpulan cecair pada otak
* Eklampsia
* Darah tidak boleh membeku
* Kematian.



Kredit artikel penuh: Utusan malaysia



Antara pencegahan awal untuk segala komplikasi ketika hamil, mommy disarankan mengambil nutrsis lengkap dari makana tambahan supaya lompang nutrisi akibat pengamalan diet yang tak seimbang dalam pemakanan seharian dapat diatasi. Ika suka cadangkan Set hamil Shaklee setelah merasai keberkesanannya. Selain hasil dari pengambilan berterusan yang memberi tambahan tenaga, dalam masa yang sama kesihatan mommy lebih baik dan dapat ditingkatkan. Boleh klik ESELL ORDER NOW untuk set solusi mengikut keperluan badan.



rujuk cara order online disini atau boleh whatsapp Ika directly untuk sebarang pertanyaan atau saranan suplemen sesuai. 



Usia ternyata mempengaruhi peratusan untuk berjaya hamil. Pada usia muda, jika ada kesempatan dan rezeki hamil saat umur sudah meningkat atau  saat sudah berumur punya risiko tersendiri. Dari segi kesihatan dan keadaan fizikal, usia muda juga sangat menyokong kehamilan Anda. Tapi anda yang hamil lewat usia, usah bimbang dan risau kerana teknologi masa kini, peningkatan dan pelbagai prosuk kesihatan semakin banyak dipasaran dapat menyokong kehamilan anda dengan nasihat doktor berterusan, insyaallah kehamilan dapat di teruskan sehingga 9 bulan penuh. Tengok antara artis yang sudah berumur seperti Che Ta, tanbpa sebarang masalah. tengok cara pemakanannya dah gaya hidupnya. 


Kehamilan ni antara perkara misteri sebab semua yang melalui tempoh kehamilan tanpa mengira usia. Ada nenek yang umur 70 tahun, 90 tahun mengandung tanpa masalah even dalam Al-Quran pun kisah Nabi Zakaria dan isterinya tentang hamil lewat usia,semuanya tak mustahilkan. Masalah ketika hamil tu semua orang hadapi tak kira umur berapa pun, tapi bagaimana cara kita hadapi masalah tu dan cari solusinya, betul kan?



Berikut penjelasan mengenai kesuburan organ reproduksi dan bagaimana keadaan tubuh dalam menghadapi kehamilan yang disesuaikan oleh peringkat umur.


Usia 20-an
Usia muda yang dimaksud iaitu ketika Anda menginjak umur 20-an. Ini adalah waktu yang tepat dari segi biologi untuk berbadan dua. Pada usia ini, tingkat kesuburan Anda sangat tinggi, dan sel telur yang dan tahap produksi sangat tinggi. Risiko Anda memiliki bayi lahir cacat juga sedikit kurang kerana kualiti sel telur yang diproduksi pada usia 20-an masih sangat baik.

Keunggulan lain hamil pada usia ini antara lain:
-Risiko keguguran jauh lebih rendah.
-Risiko memiliki gangguan pada organ kelamin seperti fibroid uteri sangat rendah.
-Risiko mengalami komplikasi kesihatan seperti tekanan darah tinggi (hipertensi) dan diabetes lebih rendah.
-Melahirkan secara pramatang atau memiliki bayi dengan berat badan rendah saat lahir mungkin lebih jarang terjadi pada usia ini.
-Ketika anak sudah beranjak besar, Anda masih bisa terlihat muda.

Usia 30-an
Memasuki usia 30, Anda sudah harus segera merencanakan kehamilan. Itu kerana kesuburan anda sudah mulai agak menurun. Penurunan drastik terjadi setelah anda menginjak usia 35 tahun ke atas. Oleh kerana itu, Anda yang belum  memiliki anak pada usia 30-an, jangan lagi menunda untuk memiliki dan berusaha dengan langkah awal seperti membuat pemeriksaan untuk memastika tiada masalah kesihatan, terutama jika yang merancang memiliki lebih dari satu anak.

Ketika hamil di atas usia 35 tahun, risiko anda mengalami keguguran dan memiliki bayi lahir cacat pun meningkat. Komplikasi ketika hamil (seperti mengalami kehamilan ektopik) juga mungkin ada risiko anda alami pada usia ini. Kesempatan untuk melahirkan secara normal agak kecil sebab wanita yang hamil pada usia tua lebih sering mengalami masalah dari janin. Kelahiran secara pembedahan juga dilakukan pada ibu hamil usia lewat usia yang mengalami waktu bersalin yang terlalu panjang (biasanya kerana pembukaan jalan kelahiran anak yang lambat) .

Biasanya wanita di bawah usia 35 tahun hanya mengeluarkan satu sel telur setiap kali selepas kitaran haid atau waktu subur. Namun, pada usia 35 hingga 39 tahun, Anda mungkin boleh mengeluarkan lebih dari satu sel telur sehingga lebih mungkin memiliki anak kembar. Ini mungkin perkara positif dan baik untuk mommy yang hamil lewat usia atau baik bagi yang menginginkan anak kembar.

Usia 40-an ke Atas

Kemampuan anda untuk hamil secara alami menurun drastik pada usia 40-an. Kesempatan yang mommy miliki setiap bulannya untuk hamil hanya sekitar 5 peratus sahaja. Ini terjadi kerana  sel telur anda berkurang secara siginifikan. Kualiti yang dimiliki sel telur juga tidak sebaik ketika anda masih muda. Sel telur pada usia ini lebih cenderung memiliki masalah kromosom (pita pembawa kode genetik).

Risiko anda mengalami keguguran ketika ini sangat tinggi, memiliki bayi dengan berat badan lahir rendah, pramatang, atau lahir cacat juga lebih tinggi. Anda juga lebih mungkin mengalami komplikasi ketika hamil seperti tekanan darah tinggi, diabetes, atau masalah pada plasenta.

Mungkin Anda pernah melihat beberapa orang yang boleh hamil pada usia ini. Kemungkinan mereka melakukan beberapa kali fertilisasi in vitro (pembuahan sel telur buatan) atau mungkin menggunakan penderma sel telur.

Kesediaan  memiliki anak pada setiap wanita berbeza. Ada yang mampu hamil pada usia muda, namun ada pula yang mungkin baru bersedia memiliki anak ketika sudah matang atau ketika diri sudah stabil. Tapi anda harus ingat, menangguh kehamilan terlalu lama lebih banyak sisi negatifnya. 


Buat mommy yang masih berusaha untuk hamil, jangan berputus asa, kerana peluang dan harapan sentiasa ada, jangan pernah henti berusaha kerana Allah sentiasa melihat sekecil-kecil usaha kita. Pasti tidak sia-sia kerana Allah memberi ganjaran buat hambaNYA yang berusaha, sentiasalah berdoa dan berhajat dengan Allah yang Maha Pemurah dan Pemberi. Bersangka baik sentiasa, kerana Allah tak berikan apa yang kita minta, tapi Allah berikan apa yang kita perlukan. Ika yakin dan percaya suatu masa terbaik dan tepat Allah hadirkan anugerah terindah untuk mommy. Hugs.


Mommy yang mahu berikhtiar untuk hamil, Ika sangat recommend mommy mecuba kaedah detox sebab detox ni ni antara usaha yang murah  namun memerlukan komitmen dan semangat tinggi dan sentiasa bermotivasi. Macam Ika dululah, punya nak sangat preggy, sanggup break-up dengan caffein, itulah perkara yang Ika tak sempat fikir panjang, buat je, walaupun menggigil teringatkan kopi, hahha. Lagi seksa nak menurunkan berat badan, masyaallah proses nilah yang sebenarnya mendidik Ika tentang kesabaran dan ketabahan, nak turunkan 500gram pun dah sakan, ini plak2-3 kilo berat, menangis wehhh. Rasa menyusahkan diri sangat, tapi memikirkan orang lain lagi teruk berusaha apa sangatlah buat semua tu dengan benda yang kita betul-betul nak. So dari detox Ika sambung cuba Set subur plak, alhamdulillah sangat berkesan dan serasi dengan Ika makanan tambahan ni. Mungkin juga cara pemakanan Ika selama ni tak betul dan main taram je, salah satu point jugak menjadikan Ika yang sekarang ni, alhamdulillah. 


Yang hamil umur 30an dan keatas Ika sarankan pengambilan makanan tambahan untuk menyokong dan menampung lompang nutrisi yang berlaku akibat cara pemakanan kita yang tidak seimbang. 

So yang nak cuba supelemen semulajadi dan berkesan serta selamat ni, Ika sangat sarankan dan berani recommend untuk bakal mommy. Boleh klik ESELL ORDER NOW.



 rujuk cara order online disini atau boleh whatsapp Ika directly

Ika suka kisah inspirasi, lagi buat kita semangat dan terjangkit akan inspirasi tu kat kita, moga-moga suatu hari kita pun menjadi seseorang yang memberi inspirasi pada orang lain pula. Semasa seminar MCC berbulan lepas kisah seorang doktor sangat menginspirasikan Ika. Dalam bisnes Shaklee ni memang highest chance jumpa someone yang kita tak sangka, dari doktor, pharmachist, jurutera, arkitek, dari pelbagai bidang yang kita tak pernah dengar pun, semua alert tentang pengambilan nuitrisi dan kesihatan. 

Betullah semua bermula dari kita sendiri, Ika pun tak pernah terfikir akan ambil tahu tentang ilmu nutrisi even dedulu ilmu ekonomi yang jadi priority. well kita takkan pernah tahu apa perancangan Allah, tapi Ika yakin satu je, apa yang Ika lalui sekarang ni bukan kebetulan ianya tentu perancangan terbaik dari Allah untuk Ika, syukur dengan jalan Ika yang lalui sekarang, walaupun berkabus, jerebu, tetap Ika yakin pemandangan kat sebalik kabus, jerebu pasti indah. So jom baca perkongsian salah seorang peserta MCC ni. Moga dapat manfaat.


Suka rasanya nak kongsi tentang insan ini.
Duduk dalam group yang sama masa sesi terakhir seminar MCC.
Sesi terakhir ada macam discussion apa yang kita dapat untuk seminar tersebut.
So, mula mula kene la perkenalkan diri kan. Sebab peserta hari ini dari group yang lain lain.
She introduced her self Dr Amna.
She was once a Doctor.  A Medical Doctor for over 10 years. Dah Master Coordinator since 2001.



Dulu masa mula mula kenal Shaklee, she took for herself and famili je. Takde niat nak berniaga langsung. Sebab kerja Doctor kan busy yakmat. On call memanjang katanya. So makan vitamin just untuk tenaga, Masa pregnant & untuk anak. So, member kit tu dia simpan bawah katil je.


Then ada perubahan baik untuk anak anak dan diri sendiri. Anak anak dah jarang sakit, dah tak bawak balik ubat hospital katanya. But still tak de niat pun nak business.
Sekali ada 1 hari tu. Dia attend business opportunity Meeting. Dia tengok sharing orang pergi Umrah, pergi US. And get to know what Shaklee can benefit her.


Dia jadi teruja nak buat juga. So since then, dia study everything pasal Shaklee. Dia jumpa macam macam journal pasal Shaklee, journal yang masuk dalam Nutritional Journal.
Dia kata ni mesti betul betul bagus kan. Bukan senang nak masuk Nutritional Journal.
Dia kata juga yang dia kagum dengan Dr. Forest C Shaklee.
Dan mula la dia berbisness. Last time mana ada online online ni. Semua off line basis.
So far dia dah pernah join 7 kali Umrah dengan Shaklee dan few other countries including US bersama Shaklee.


So inspired. So now she has all the time she wants for her kids & cucus.
Dah Master for 18years pun masih attend class & seminar. Hebat kan?
Class macam ni yang buat kita rasa inspired. Jumpa insan insan hebat.
Stay tune for more inspiring stories.


Yang nak mula berbisnes atau cuba suplemen terbaik boleh order melalui
ESELL ORDER NOW. 





Yang nak mula bisnes tapi takdak modal, mesti uols tertanya-tanya kan, boleh ke nak join shaklee tapi takde modal nih? Jawapan nya BOLEH sangat! Janji uols  ada 4 benda nie sahaja!

✔️ Handphone
✔️ Data internet
✔️ Semangat tinggi, mahu 
 Modal rajin, komitmen, konsisten


Kalau ada 4 kriteria ni , Tak payah pikir banyak meh whatsapp Ika directly. Semua bahan marketing disediakan insyaAllah, lagi bagus ada effort tambahan sendiri. Hampa jangan risau tentang ilmu! Sebab Ika akan ajar uolsdaripada zero sampai hero.


🔴 Ada mentor
🔴 Kelas bisnes , ilmu tentang produk
🔴 Support group yang sangat aktif dan supprtive

uols yang berminat nak tambah income boleh wassap Ika.

#MCCSeminar
#InspiringPerson
A Better You Today. Theme by STS.