Posts about: DETOX

Detoksifikasi memberi keseimbangan kepada sistem penghadaman, saraf, dan hormon agar seluruh badan boleh bekerja bersama-sama dengan cekap untuk kesihatan yang optimum. Even though for health of mental pun detox boleh bantu. 



Macam mana nak tahu tanda tanda kita perlu detox:

1) Berat badan bertambah – metabolisma badan terganggu, hormon terganggu
2) Sembelit
3) Kulit Kusam
4) Sakit kepala / migrain
5) Cepat letih, cepat lemau, stress, rasa lembab
6) Cepat marah, rasa nak mengamuk aje
7) Keinginan makan banyak, craving sugary foods (sel lapar aje, tak cukup nutrient). Kalau pergi kenduri, open house pinggan tu penuh, rasa tamak sangat.
8) Susah nak fokus dalam masa lama
9) Penyerapan nutrisi yang kurang – MAKAN SUPPLEMENT tapi TIDAK BERKESAN 
10) Senang dijangkati penyakit – flu, demam
11) Susah tidur waktu malam
12) Sering mengalami kembung perut, perut tidak selesa dalam keadaan biasa atau selepas makan
13) Sering ada lingkaran hitam bawah mata
14) Badan berbau jika tidak menggunakan deadorant atau pewangi
15) Merokok atau sering bersama dengan orang yang merokok
16) Mulut / Nafas Berbau
17) Menghadapi masalah ALERGIK
18) Tiada senaman sekurang kurangnya 3 kali seminggu
19) Pengambilan sayuran kurang dari 1/2 cawan sehari
20) Mengalami Eczma, jerawat atau Psoriasis
21) Minum minuman beralkohol (bagi non muslim)


Kesan Toksin Kepada Tubuh ?


Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. 

Tak campur lagi makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan lain-lain. Eh ada lagi, tak campur lagi makanan trending, viral lagi..hehhe


Jika badan terlalu berasid serta berlaku proses penapaian dalam usus akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan kita. Toksin tersebut akan diserap dan melekat dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit. Uii scary kan? Tak takut sebab kita tak nampak apa yang berlaku dalam tubuh nu, kalaulah badan kita transparent, rasanya semua pakat ragut sayur mayur je setiap hari, hahha. 

Antara penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksin dalam darah, ialah:-


1.Kulit Bermasalah

Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, furunkel, kusam, mudah breakout dan lain-lain.


2. Tumor


Tumor berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul dipelbagai tisu badan.



3. Demam

Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, Kadar metabolisme semakin cepat, mengakibatkan tubuh menjadi demam.


4. Penyakit Jantung dan Tekanan Darah Tinggi

Toksin yang melekatkan di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah. Ia menyebabkan jantung, bekerja lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. 

Ia akan mengakibatkan pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Di samping, buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksin akanmerembes pelbagai jenis kimia yang menyebab terjadinya tekanan darah tinggi.
Toksin juga boleh menyebabkan sakit kepala.

Oleh itu, langkah awalan untuk menyembuhkan penyakit ialah dengan menyingkirkan toksin dan tidak semata-semata mengawal sebarang penyakit dengan ubat sahaja. 


Tanda-tanda perlu detox tersebut menyatakan bahawa kesihatan kita di tahap yang rendah, imun rendah dan melalui detoxlah juga tanda-tanda tersebut boleh diatasi untuk dioptimumkan supaya segala fungsi organ badan dapat berfungsi dengan lebih baik. 

DETOX SELESAI BANYAK MASALAH
Ika bukan nak sembang kosong tentang detox ni tau. Baru beberapa hari lepas dalam group kami update one of her customers pregnant hasil berdetox. Sape yang tak nak pregnant, memang kena jaga jaga bila buat detoks. Sebab memang mudah sangat lekat baby.

Yang nak pregnant pulak ni memang waktu yang paling sesuai la bila detoks. Sebab semua kat dalam tu sihat. Mudah ovum dan sperma  nak bersatu. Rahim pulak dah kukuh elok. Tambah pulak ambik set ibu hamil, insyaallah baby takde masalah keguguran bila maknya jaga makan dan lifestyle yang sihat.





Dia ni ibu menyusu tau. Ikuti program detoks macam orang tak menyusu.
"Kak, saya menyusu pun nak kurus dan cantik. Menyusu tak semestinya kena gemuk. Yeszzaaa. Bijak!
Haa ambik. 3.9 kg dah dia buang dalam masa 5 hari detoks.Gelang dan cincin pun dah longgar korang oi. Inch loss sekali dia dapat bonus.



" oo, ibu menyusu boleh detox eh? Boleh ke? Tak lapar ke?", don't worry ye mommy, tu sebab kita detox cara #JomdetoxJutawan sebab detox kami insyaallah badan dapat nutrisi yang cukup, mommy tak nyempat lapar. Ehh, eh boleh kurus pulak lagi kan? 

Yang ada masalah tidur, tak kisahlah jenis tak boleh tidur terlebih tidur, alhamdulillah lepas detox semua pakat ringan tubuh, kepala. Dapat tidur yang berkualiti asbab detox. Yang letih mrmanjang even tak buat apa-apa dah dapat energy dan salurkan energy kepada aktiviti yang tepat. Asbab detox. Nak bangun awal pagi pun dah tak bercinta sebab semua ada mission dah, perut terjaga, minda pun turut sama menerima effect yang bagus. 


Detox ni tak kira umur, muda remaja, muda dewasa, muda cara warga emas, semua boleh berdetox asalkan ada kemahuan dan keinginan. 

Jangan tunggu lama-lama. Tak kan nak tengok jer orang lain dapat berat badan ideal dan sihat, kehidupan lebih baik. 

Jommm...mari kita ubah gaya hidup kita jadi baik, lebih baik, semakin baik.
Mulakan sekarang bersama #JomDetoxJutawan. Jom book your seat untuk next batch detox pada  1st Oktober.



Whatsapp Ika:013-3392721 
SID and user since 2014 

Ehemm, betullah tu. Berdetox bukan semata-mata untuk kurus, dan detox juga buat anda bukan setakat kurus. Ika percaya sebab Ika dah lalui proses detox berulang kali. Best buat detox ni, paling rajin kena buat detox ni sebulan sekali, paling malas 6 bulan sekali. Nak flush toksin, nak sel tubuh badan yang terhasil lebih sihat, kena detox. Tahukah anda sel-sel tubuh badan kita punya 120hari tempoh untuk berfungsi lepas tu ia mati, dan diganti pula dengan sel-sel yang baru. Sebab tu kalau kita buat diet ke, eat clean ke, detox ke, please istiqamah hingga ke waktu yang sesuai. Nak support penghasilan sel-sel tubuh badan yang terhasil lebih sihat jaga tempoh ni betul-betul. If makan suplemen, konsisten dalam tempoh ni at least untuk menuai hasil.




Bukan sesaja ye tempoh hari tu. Actually itu adalah tempoh terbaik untuk minda, tubuh badan klita buat setting baru dalam rutin harian kita. Badan kita ni ada memori tau. So nak ubah setting baru, memang kena jaga gut juga.


 10 SEBAB DETOX BUKAN SEMATA UNTUK KURUS

1. HALAU TOKSIN dari Badan
Toksin ni umpama RACUN dalam badan. Toksin ini boleh datang dari pelbagai sumber; pencemaran air dan udara, makanan yang mengandungi sisa racun perosak, bahan pengawet serta bahan kimia dan logam berat. Makanan yang kita ambil mungkin sudah menyerap toksin semasa hidupnya. Jadi badan kitalah yang kena tapis toksin ini. Pendedahan terlalu lama pada toksin yang gagal dibuang secara semulajadi oleh organ detok badan boleh mengganggu penyerapan nutrisi, menurunkan metabolisme badan, kita jadi mudah stress, hilang fokus, cepat penat, merendahkan sistem imun dan jadi punca penyakit lain. Toksin yang gagal dibuang oleh organ detox boleh berkumpul di tisu dan sel dalam badan termasuklah di otak. SEBAB itu kita kena DETOKS, bukan takut untuk DETOKS.

2. Dapat Elak Penyakit SERIUS
Toksin dari persekitaran boleh membawa pada penyakit KANSER, sakit jantung, strok dan banyak lagi. Mujur badan kita ada sistem detoks semulajadi untuk menapis bahan merbahaya ini. Namun, akibat dari sentiasa dibebani dengan bahan yang perlu ditapis, makan tak berhenti dan tinggi kolestrol, pencemaran yang semakin teruk, organ detoks menjadi kurang efisyen. Untuk membantu organ detokfikasi kembali efisyen dan melakukan kerja yang sepatutnya dilaksanakan secara semulajadi, DETOKS adalah jawapannya.

3. Dapat Tingkatkan Sistem Imun yang semakin LEMAH
Bila sistem imun asyik berkompromi dan tidak kental lagi, kita jadi mudah dijangkiti selsema dan mengganggu kualiti hidup dan produktiviti kerja juga. DETOKS secara berkala dapat bantu menguatkan kembali fungsi sistem imun dan melawan jangkitan penyakit.

4. Boleh TURUN BERAT Badan!
Bagaimana detox boleh bantu turunkan berat badan???Sebenarnya lebihan toksin boleh jadi punca utama badan kita GAGAL MEMBAKAR LEMAK atau kurang efisyen dalam membakar lemak. Akibatnya, kita diet nak turunkan berat tapi tak jadi-jadi. Risiko penyakit bila berat berlebihan pun menjadi-jadi seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.

5. Nampak lebih MUDA
Ada orang yang badan banyak TOKSIN ni, nampak LEBIH TUA dari usia atau berbanding kawan-kawan yang seusia disebabkan 'premature aging' . Makanan tak sihat memang buat orang nampak tua pun. Toksin seperti logam berat dan radikal bebas juga rupa-rupanya mempengaruhi faktor kelihatan tua (aging) ini, contohnya orang yang HISAP ROKOK atau terdedah pada pencemaran udara. Sel-sel menjadi tidak stabil akibat radikal bebas.
Bila kita buat DETOKS di mana toksin ni berjaya dikeluarkan, badan menjadi lebih mudah menyerap nutrisi seperti antioksida dan vitamin dari sumber makanan dan supplemen. ANTIOKSIDA inilah yang akan membantu melawan radikal bebas dan oksidasi di dalam badan. Jadi kalau ambil vitamin antioksida A, C, E dan tonik Vivix tapi masih tak cantik dan kelihatan muda juga, ha, silalah buat detoks!

6. Bantu HIDUP lebih INDAH
Ha? Bagaimana Detox membantu??? Alkisahnya, badan kita gagal berfungsi ditahap MAKSIMUM dan TERBAIK bila badan banyak toksin mengakibatkan kita boleh SAKIT sendi, pening kepala, penghadaman tak ok (susah dan tak regular membuang), susah nak tidur dan kepenatan. Jadi, bila kita buat DETOKS, kesan baik darinya lebih mudah membuang / penghadaman lebih baik, kurang stress, badan lebih ringan dan bertenaga dan ingatan lebih kuat.. Ha..Kan Hidup Lebih INDAH begitu !

7. Meningkatkan TENAGA!
Selepas detoks, kita akan mendapat kualiti TIDUR yang lebik baik dan kekuatan mental, fizikal dan emosi diperbaiki ! Cubalah kalau nak rasa sendiri !

8. Kulit Lebih CANTIK dan BERSERI
Ramai yang mengalami kulit kusam dan berjerawat akibat dari diet yang tidak teratur juga dari persekitan yang banyak toksin. Ini beri kesan pada kesihatan kulit luar dan dalam buat wajah TIDAK CANTIK. Detoks yang betul, berjaya membuang toksin jadi jadi punca masalah kulit dan membantu meningkatkkan kesihatan kulit, mengurangkan jerawat, menguatkan akar rambut dan kuku dan wajah lebih berseri!

9. Mental dan EMOSI yang lebih JELAS
Ramai juga yang kata blur dan berserabut bila banyak kerja perlu dilakukan. Dengan DETOKS, sistem badan kita lebih stabil di mana mental dan emosi boleh bertindak dengan seiring dan tenang. Kita lebih fokus, kurang blur dan berserabut. Jadi membantu kita buat keputusan yang tepat, analisis yang lebih baik dan melihat dari perspektif berbeza.

10. Mengembalikan keSTABILan sistem badan (RESET)
Sistem badan kita iaitu penghadaman, saraf dan hormon dicipta untuk bekerja bersama-sama untuk kesihatan optimum. Namun, bila badan banyak toksin yang berlebihan, kita pula asyik memberi makanan yang tidak berkualiti dan tidak DETOKS, maka sistem jadi tidak efisyen dan tidak boleh bekerjasama dengan baik.
Dengan DETOKS yang betul, kita membantu sistem penghadaman badan kita kembali pasa asal ( reset ) dan berfungsi dengan lebih baik.


Sebab tulah detox ni bukan matlamat untuk kurus je, tapi menyeluruh kesannya. Yang pernah buat detox pasti merasa berbaloi. Ada yang nak detox tapi tak tahu bagaimana untuk mula? Bagaimana menu makannya? Apa yang boleh dan tidak untuk detox? Jom sertai program #JomdetoxJutawan. Proven result kerana lebih 800 peserta sudah menyertai program kami dan berpuas hati dengan hasilnya. Berminat? Whatsapp Ika untuk booking slot. 



Perumpamaan yang tengah trending sekarang ni, kihkih. Ada betulnya, ramainya dan majoritinya kelautlah kalau bab diet. Tahu kenapa?Haa ni nak bagitahu kenapa orang ramai fail diet. Biasa dalam fasa diet memang permulaan diet, berat akan turun, ada yang turun perlahan-lahan, ada yang turun drastik ada yang langsung tak bergerak turun beratnya. Situ jugaklah jarum penimbang, makan sikit ke, tak makan langsung ke. Kat sini semua rasa down sebab takde perubahan atau perubahan tak banyak. Perjalanan nak turun berat ni satu proses tarbiah jugak sebenarnya untuk bentuk diri kita seperti yang kita nak. Perut kita terjaga insyaallah mindset kita juga terjaga. Tahukah anda perut adalah otak kedua manusia, sebab tu kena jaga perut. Perut punca segala penyakit. So the best thing tentang #JomDetoxjutawan ni bukan bahagian usus perut je kita tingkatkan kesihatan, tapi secara menyeluruh.


Yang mana berniat nak menurunksn berat badan, wajib dan mesti lalui proses detox dulu. Sebab utama kita nak proses penurunan berat badan berjalan dengan lancar dan tak berlaku stagnant process dan yo-yo effect. Kurus lepas tu naik balik dengan mudah, so yang nilah melibatkan proses detox yang sangat penting untuk memastikan kesan tersebut tak berlaku. 



zaman moden kini, banyak sumber asli yang dah tercemar. Dan yang inilah yang masuk ke dalam badan kita melalui makanan, minuman dan udara. Udara yang kita sedut sudah tidak bersih lagi dengan asap rokok, asap kenderaan, asap industri dan sebagainya.  Makanan dan minuman yang kita ambil, kita fikir ia adalah makanan sihat tetapi sebenarnya ada bahan kimia.

Semua ini akan mengumpulkan toksin di dalam badan kita. Dan ia bukan perkara yang senang untuk membuangnya. Bayangkan, kita sudah hidup berpuluh-puluh tahun. Berapa banyak agaknya toksin dah terkumpul dalam badan kita. Toksin inilah yang membawa penyakit kepada badan kita samada penyakit biasa maupun penyakit kronik. Jadi untuk kekal sihat dan jauh daripada penyakit, kita perlu membuang toksin yang terkumpul dalam badan kita ni.

Untuk itu, kita perlu melalui satu proses yang dipanggil Detox. Proses ini ialah kita meninggalkan segala tabiat biasa kita memakan makanan yang tercemar dengan bahan kimia. Untuk proses detox biasanya mereka hanya memakan sayur-sayuran hijau yang tidak tercemar dengan bahan kimia, meminum jus sayuran dan buahan hijau, dan meminum air yang berunsur alkali sahaja. Apa yang paling penting ialah jauhi daripada “packed product” . Lebih elok lagi sekiranya proses ini dilakukan di tempat yang tidak tercemar udaranya semestinya mustahilkan? Musim jerebu lagi plak, memang tak boleh tidak kita memang sedut udara tercemar.



Kenapa kena detox dulu, sebab toksin yang terlalu banyak dalam tubuh menyebabkan nutrien yang kita ambil tidak dapat diserap badan. Tambah lagi kalau yang mula nak berjinak dengan suplemen, sebaiknya detox dulu supaya penyerapan nutrisi dari suplemen efektif. Ada kes, Ika akan ingat bila-bila sebab one of customer Shaklee ambil suplemen even Vivix pun dia dah ambil tapi dia cakap tak puas hati dan tak berbaloi sebab  kesan lambat, tak ketara macam yang orang lain dapat. Masa tu, the best suggestion dia stop semua suplemen kecuali suplemen yang detox seperti DTX Complex, Alfalfa, Peppermint ginger, Herblax ambil untuk buat detox dulu. Lepas sebulan proses full detox baru teruskan suplemen lain dan jaga pemakanan.


Actually apa yang customer tu rungutkan sama seperti yang Ika alami, sebab Ika ingat Ika join Challenge makan vitamin C, tapi seriously Ika tak dapat macam orang lain dapat. Muka tetap kusam, nampak letih dan tak bermaya. So masa tu Ika buat detox, Ika buat mild detox dulu, nak tengok jadi ke tak. Ika konsisten tigab benda je masa buat mild detox tu hanya ambil DTX Complex, Herblax dan Alfalfa. Honestly tulah proses detox pertama kali dalam hidup Ika, sangat terkejut dengan hasil pembuangan kali pertama lepas ambil DTX complex, keluar lapisan hitam nipis-nipis, Allah scary sangat, Ika teruskan mild detox tu selama 2 bulan berterusan. Wallah, memang amazing rasa berbeza lepas buat detox. Dari situlah kepercayaan Ika terhadap Shaklee makin kuat.


So, yang tak pernah buat detox, buatlah!Badan kita tak rugi, entah berapa puluh tahun dah kumpul toksin, tambah lagi zaman makanan viral, semua main taruk makan. Kesian kat tubuh badan kita. nak tahu bila kita kena start detox?

So yang nak mula detox, jom join program detox #JomDetoxJutawan . Kita dah buka batch 16.0 untuk booking slot. Boleh pilih pakej mana yang uols nak. Meh contact Ika 




Whatsapp Ika: 013-3392721
SID an User since 2014

Situ sini orang dok cerita Jom Detox Jutawan kan? Tak pasal-pasal trigger kes nak tahu apabendalah trending pasal ni. Jom scroll, sebelum anda join Program #JomdetoxJutawan, meh baca pengakuan berani yang mengalami transformasi hasil dari berdetox version Jutawan. Untuk yang nak TTC, kulit breakout teruk, ada simptom penyakit kronik dan sebagainya Jom Detox Jutawan sememangnya untuk anda kerana ramai dah peserta mendapat manfaat kesihatan hasil join program ni. Insyaallah. 


DIA PUN DAH DAPAT HILANG 10 KG!
Ya Allahhhhh. Ni superb jugak!
Dia boleh hilang 10 KG ke atas masa buat Jom Detox tau. Tengok tu impian Along Munira Ramli mula mula dulu. Dia nak hilangkan 10 KG! Dan sekrang lebih dari 10 KG dia hilang.
Aduh duh duhhhhh.
Ni semua penangan Jom Detox program yang siap ada resepi best, percuma lagi tu.
Apa tunggu lagi?
Get yourself to the circle okeh. 



Yang nak join #JomDetoxJutawan jangan takut kelaparan plak, insyaallah detox version kami boleh atasi rasa craving, takde energy akibat dah biasa makan dan macam-macam ketakutan lagilah. Tengok peserta Along Munira Ali tu lah, rasa macam mustahil tapi tak pun setelah lalui proses detox pertama kali dan seterusnya.


Sebab apa? Sebab detox ni proses menyeluruh terhadap tubuh badan, buang toksin secara selamat dan sihat. Pengambilan suplemen yang bagus juga membantu matlamat detox tercapai dengan lebih efektif. Lebih 800 peserta dah berjaya menuai hasil #JomDetoxJutawan ni. Dari batch pertama, kini dah batch ke 16.0 dah. Tak sabar nak join kan. Mudah je nak join program ni. Boleh CONTACT IKA directly. Terma dan syarat program ni ringkas sahaja.


Kalau saya nak join program ni apa perlu saya buat?

OK mudah ja.

1. Korang perlu membeli produk-produk detox. Korang boleh pilih mana-mana set detox seperti di dalam gambar.

2. Pembelian yang sah mestilah dibuat sama ada daripada distributor Shaklee yang sah, atau branch Shaklee atau online dari sistem Shaklee. Bukti pembelian diperlukan untuk proses pendaftaran ke group coaching.

Ada 2 set detox yang berbeza fungsi.
SET PLATINUM & SET GOLD
Ika sangat suggest kat korang Set Platinum. Ia set terbaik untuk Program Detox ni sebab dia ada Vivix. Vivix adalah Hero Shaklee.
Ni semua gara gara polifenol yang ada dalam Vivix ni. Polifenol membantu dalam
✔ Membantu dalam pengeluaran toksin yang lebih efisen
✔Mengurangkan peratusan lemak yang tersimpan, juga membantu mengurangkan trigliserida dan kolestrol
✔ Mempercepatkan pengurangan berat badan dengan membaiki kesihatan usus kecil dan peningkatan bakteria baik
✔ Meningkatkan kadar metabolisme dan mengurangkan risiko obesiti dan berat badan berlebihan
✔ Memberi kesihatan menyeluruh termasuklah sistem hormon yang sihat
✔ Fungsi sel yang lebih sihat, menggalakkan proses detoks
✔ Sel menjadi lebih bertenaga
✔ Membantu mengawal hormon leptin yang menyebabkan rasa lapar dan keinginan makan yang kuat
Semua ni nota dari nutritionist. Khusus untuk detoks!

Kenapa program jom detox perlukan supplement?

Detox tanpa supplement ni ibarat kita basuh baju tanpa sabun. So nak baju bersih mesti guna sabun kan.

Macam tu jugak detox.

Dan yang paling penting kita akan tampung nutrisi ketika proses detox dilakukan kerana kurang makan.

Yess.. Itulah fungsi supplement dalam program Jom Detox ni untuk support organ detox kita.

Sebab tu jugak kalau yang join detox under team #JomDetoxJutawan akan  bertenaga ja. Padahal kalori yang sangat kami ambil masa detox sangat la rendah.

Kalau nak turun 3-4 kg dalam masa 17 hari Sebenarnya senang ja if betul-betul ikut semua tips coaches. Suka ke suka?

So, jomlah join. Meh Contact Ika meh


Whatsapp Ika :013-3392721
SID and user since 2014 

Detox cara Shaklee ni memang lain macam sikit penangannya, dari segi diet dan menu, Shaklee dah sediakan menu sihat selama 7 hari program bermula. Hari permulaan detox no carbo and protein macam nasi. Totally sayur ok, tukar jadik kambing jap. Tapiiii korang jangan pandang remeh Detox cara Shaklee ni, meh baca perkongsian dari geng Detox, akibat mendetoxkan diri masing-masing semua melopong akan hasilnya yang tidak terjangka. Cerita dibawah Ika kongsikan sepenuhnya dari Puan Zura Betty.



Beberapa bulan lepas kan, Shaklee lancarkan program detox. Akak pun mengada-ngadalah nak buat juga detox.

Mula-mula fikir mampu ke nak mengharungi ujian detox ni. Almaklumlah, tiga hari ok tanpa nasi. Akak ni dah lah pecinta nasi.
Tiga hari tu memang ala-ala herbivor. Hanya rumput rumpai (read: sayur) sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam tekak. Selain buah-buahan.
Hari pertama dah lah sayur hijau mentah. Kalau Khaulah boleh lah layan kan. Ni akak, memang azab lah.

Tapi akak gagahkan diri juga melalui fasa "hitam" itu. Trajis kan bunyinya. Hari berikutnya dah mula boleh ambil protein. Alhamdulillah akhirnya akak gagah melalui 7 hari berpuaka tanpa makanan jahat.

Tapi kan, setiap yang menyakitkan itu ada manisnya. Sebaik sahaja selepas akak buat detox mengikut meal plan yang dikaji dan diselidik oleh Nutrition Shaklee Dr Jamie McManus.

Akak perasan macam makin jelita. Kulit akak yang agak kusam semakin kemerah-merahan. Paling best kan perut akak yang sedia buncit kempis macam anak dara.

Lagi best, lepas detox tu bila akak makan banyak pun. Jarum penimbang macam rosak. Tak bergerak tetap kat angka tu.
Tapi yang akak nak cerita, pengalaman kawan-kawan akak yang detox ni. Mereka entah bagaimana rata-rata ramai yang "termengandung" selepas detox.
Haa yang ni mulanya akak pun tak percaya. Berkat dari tak percaya tulah tiba-tiba dengan akak pun termengandung sekali. 
Power tak power lah detox ni kan. Paling akak terharu. Alhamdulillah, ramai dari team Shaklee kami yang sebelum ni berusaha pelbagai cara untuk dapat kan baby.

Akhirnya mengandung selepas buat detox dengan Shaklee ni. Ada seorang teman berkahwin lebih 5-6 tahun. Macam-macam usaha dah dia kata. Tapi selepas detox Allah kirimkan rezeki buat mereka suami isteri.
Sorang adinda manis, penantian selama 3 tahun lebih akhirnya terjawab selepas detox.
Baru-baru ni akak dapat berita lagi dari seorang yang sangat disayangi. Allah hadiahkan kehamilan sekali lagi untuk mereka berdua.
Apa pun kita hanya berusaha kan. Tak tahu usaha kita yang mana Allah lihat dan makbulkan.

Detox Shaklee memang best dan terbukti berkesan.

Nak sambung cerita semalam. Kisah pasal akak "ter" pregnant. Sebenar nyakan, akak ingat dah nak tutup kilang. Marah orang tua-tua kalau baca ni.
Tapi sebab akak rasa masa dah untuk akak fokus pada kualiti dari kuantiti.
Tapi yelah, Allah lagi tau apa yang terbaik kan. Akak tetap juga nak salahkan Detox Shaklee. Akak rasa kalau akak tak mengada-ngada buat detox hari tu.
Kejadian seperti ini pasti tak berlaku. Eh bukan akak tak redha. Malah syukur.
Sebenarnya akak bukan keseorangan, bukan akak je mangsa. Hari ni akak nak share pengakuan mereka-mereka yang juga "mangsa" detox seperti akak. 
Master Farihah Abu Kasim, teringat bulan 6 ari tu akak mesej. Dia masih dalam keadaan terkejut. Tak sangka sebulan selepas detox dia juga menjadi mangsa. Menurut beliau bukan sahaja dia yang terkena. Malah anak buah beliau juga ramai yang mengikut jejak selepas ambil set detox. Risau populasi penduduk melimpah ruah hingga ke laut China Selatan katanya. 
Cik Puan Hayusnida Bakar pula katanya Buat detox konon-konon nak turunkan berat badan. Baru turun beberapa kilo, baru nak feeling rasa kurus, tetiba sangkut yg lain pulak. Padahal sblm tu 7 bulan dia usaha sebelum detox. Tak menjadi-jadi. Sekali detox, kurus dapat, baby pun dapat. Alhamdulillah. 
Cik Puan Ainul Fadzilah tak kurang juga, katanya. "Sama la saya pun detox shaklee punya pasal. Pregnant juga. huhuu" 
Seorang lagi rakan, Master Azrin Mohd, "Hahaha. Dua tahun TTC okay. Detox shaklee dan eat clean bulan depan nya pregnant. Aku la tu "

Yang paling saya terharu, salah seorang leader Nadia Najib, selepas 5 tahun 8 bulan berumahtangga. Puas mencuba pelbagai cara. Konsisten dengan full set detox dan set kesuburan. Alhamdulillah 3 bulan selepas itu mereka terima khabar gembira permata hati yang lama dinanti kini berada dalam kandungan. 
Apa pun, hanya ucapan syukur yang mampu akak ucapkan. Ni suku pun tak sampai sebenarnya perkongsian dari mereka yang menjadi mangsa-mangsa detox ni.


Kalau akak nak share semua memang tak cukup muka surat. Sama-sama kita doakan dipermudahkan perjalanan semua dan diberi kesihatan yang baik ok.
Cuma sekarang ni akak dok risau. Nanti trip free kami ke Jepun tinggal berapa orang je wakil ni. Sebab semua tengah sarat membawa perut dan berpantang waktu tu.


Memang tergelak besar baca perkongsian Puan Zura Betty mana taknya sebab Ika pun terjangkit sama terkenan dek program Detox Shaklee ni, jadi salah seorang "mangsa Detox". Dari kes TTC si Hawaa membawak ke adiknya Hajjar. Ingatkan nak lah merasa selim melim lepas habis sesi breastfeeding Hawaa, rupanya tak. Sangkut pulak masa program Detox sedang hangat Ika jalankan masa tu sebab badan naik mengembang masa sesi menyusukan si Hawaa. Apo nak dikato, program Detox bertukar jadi Program membuyung. 3 bulan lepas Ika dah on balik program Detox ni, sebab nak capai berat dari 62kg ke 50kg. Harapannya berjayalah ye, berjaya turun berat, kalau berjaya tangg lain pun kita bersyukur saja, hahaha.


So bersempena Sale bulan Disember ni, uols boleh grab Set Twinpack vivix, promo valid hingga 28 Februari 2019. Manakala bermula 26 Disember hingga 27 Disember uols boleh grab Twinpcak produk offer termasuk DTXcomplex dan Herblax sebab dua produk ni Ika consume sepanjang buat detox sebelum ambil Vivix untuk proses TTC, boleh book order melalui whatsapp. Yang nak grab PROMO NEW MEMBERSHIP, boleh place your order thru online shopping, klik saje icon ESELL ORDER NOW. 



  atau boleh directly whatsapp Ika {klik ikon whatsapp}


SELAMAT BERSHOPPING UOLS. TERIMA KASIH.


A Better You Today. Theme by STS.