Semalam sempat tengok Dr. Mizam Baha live share tentang perangkap SUGAR BLISS dalam Food Industry yang memacu ketagihan kita supaya wujudnya craving.


Sangat menarik dan mahal ilmu ni, so Ika catat dalam bentuk penulisan supaya ilmu tersebut disebar luas. Jalan nak sihat ni, bila sampai satu level, kita look back betapa banyaknya cabaran.


Cabaran ni bukan sikit-sikit, sangat banyak dan sangat real dalam kehidupan kita semua hari ni.


Benda ni sangat penting sebab tak ramai orang perasan. Ramai orang yang tanya masalah craving, dia tak boleh nak stop makan, dia tak boleh nak control, sometimes masalah dia cuba untuk berhenti dari craving, sebab bukannya diri tak tahu dia ada masalah tapi gagal.


Ada masalah badan besar, lemak lebih, kepala selalu serabut dan macam-macam isu lain tapi benda paling prominent dalam hidup dia, bab makan payah nak ubah.


Kalau dah start makan tu, dia akan sambung-sambung, habis daripada kantin dia akan teringat lagi, mungkin sambung sampai tengahari, mungkin buat balik balik petang bekal dalam kereta, makan lagi.


So ramai orang masalah mengunyah ni tak selesai. Kenapa orang mengunyah ni tak boleh berhenti?Apakah kebetulan, atau dibuat untuk jadi macam tu?


Cuba tanya diri sendiri, ada masalah craving tak? Kebiasaannya memang ramai yang craving, nak makan manis, kopi, roti, biskut, kuih-muih, nasi Starbucks atau dinamakan food craving ni.


Cuba namakan satu makanan yang anda kalau tak makan sehari, anda tak boleh tahan? Memang anda kena makanan ni hari-hari kalau tak anda akan terfikir-fikir makanan ni. Rasa craving hari-hari, tak boleh tak makan. 


Pasti ada salah satu dalam senarai kat atas kan? Kebanyakannya makanan ruji kitalah. Tapi tak kurang banyak juga orang yang tersangkut dengan makanan tertentu.


So semua tu dia ada sebabnya. Suatu konsep yang diguna oleh food industry, kita tak label mana-mana company, sebab food industry ni dah lama dan datang dari barat.


So bila suatu perniagaan pasti nak untung, konsep basic macam mana kita nak buat seseorang itu datang dan datang, beli dan beli lagi. Meniaga itu akan untung bila boleh buat orang datang beli dan beli lagi. So dia dipanggil raving fan. 


So bagaimana nak dapatkan raving fan dari food industry ni? 


Apa yang dia buat, ada seorang ni namanya Howard Moskowitz seorang researcher dan psycho physassist yang dibayar oleh food industry untuk buat kajian untuk buat orang datang dan datang lagi dan beli dan beli lagi, repeat tanpa henti. 


Apa yang dia buat, dia kaji tentang sweetness. Apa yang menyebabkan makanan kita sedap ada 3 perkara iaitu, GULA, GARAM, LEMAK. So kombinasi 3 ni menyebabkan makanan tu sedap. Kalau loss salah satu, dia akan hilang dia punya taste. 


Howard Moskowitz ni kaji tentang sweetness, dalam kajian nya ada 59 JENIS MANIS. So daripada 59 jenis manis tu, kombinasi yang macam mana orang paling suka. 


Apa dia buat, dia pergi seluruh negeri America tu dalam lebih kurang 3000 tempat atau 3000 orang yang dia test 59 kemanisan tu, tengok yang mana satu kombinasi ni yang menyebabkan orang NAK MAKAN SETIAP HARI, repeat dan beli dan beli lagi. 


Bila dah kaji, dia buat Graf yang berbentuk loceng. Yang paling tengah sekali adalah yang paling NGAM sekali untuk kemanisan tu, yang tulah yang akan digunakan dalam Food Industry. 



Lain makanan dia akan buat kombinasi yang lain-lain menggunakan 3 basic tu tadi. Howard Moskowitz ni di coint terma BLISS POINT iaitu jumlah gula, garam, lemak yang betul-betul cukup-cukup untuk makanan tu rasa sedap. 


Bukan setakat tu, dia buat customers repeatedly buying, ni antara rahsia food industry iaitu KONSEP BLISS POINT. 


Ada satu lagi cara dia buat test, contoh nak keluarkan sos tomato, sos tomato sepatutnya takde gula tapi apa yang food industry buat, letak gula dalam tu. Contohnya makanan yang nak dibuat di letak dalam 8 bilik, ada yang 12 bilik, 1 bilik 1g gula, bilik kedua 2g gula dan seterusnya. 


Ini sebagai contoh lah, dia kan panggil 100 atau 200 orang untuk test sos tomato ni setiap bilik, so dia akan bagi rating, tengok bilik mana yang orang bagi rating the best. So kombinasi bilik tulah yang akan digunakan untuk hasilkan sos tomato. 


Kalau tengok kat ingredients belakang tu bukan saja-saja letak. Yang tu memang dah di test dan memenuhi bliss point yang akan menyebabkan orang repeatedly eat it. 


Sebab BLISS POINT nilah ramai yang tak boleh berhenti dengan apa yang dia suka atau dengan kata lain craving kerana benda tu dah jadi neuro connection kat dalam otak kita, dah hard wired. 


Punca inilah menyebabkan ramai orang gagal berhenti bila dah terjebak dengan process food, junk food sebab bliss point makanan tu sangat superb. 


Bila nak putuskan hardwired ni memang gigil lutut lah. Susah, tak tahan, payah, dia akan start balik. Ilmu ada, tahu makanan tu tak bagus tapi disebabkan bliss point tu otak kita akan crave non stop. Nak tak nak kena beli jugak untuk selesaikan masalah craving tu. 


Itulah konsep BLISS POINT, memang dibuat. Apa yang berlaku bila kita dah biasa dengan bliss point, lidah kita akan sensitif dengan bliss point, lidah kita dah biasa, dah lali dengan bliss point, so anything below bliss point, automatic badan kita akan cakap "ini tak sedap". 


"ini bukan standard dia". Bila dah biasa, 5 tahun, 10tahun, kita punya standard untuk manis dan sedap tu dah upgrade. Anything food lain macam organik food yang tak capai bliss point, gerenti kita takkan suka. 


Dulu memang ada makanan tak diletak gula tapi bila bertahun-tahun biasakan letak gula, lama-lama brain kita dah hardwired dan kita dah set benda tu as something normal. Walhal kalau natural kita tak perlukan gula tapi disebabkan biasakan bliss point dah thermostat, standard bawah dari bliss point kita akan reject apatah lagi kanak-kanak. 


So kalau kita dah biasakan anak-anak kita umur setahun dengan benda yang manis dan bergula kita nak bagi makan sayur memang susah. 


Belajar baca ingredients. Nak tak nak kena, kita takde pilihan lain, belajar baca label sebab dekat situlah punca segala-galanya. Orang nampak sikit je gula, tapi kalau macam kita belajar baru-baru ni 4g =1 sudu teh gula. Bayangkan kat satu produk tulis 25g, tu dah bersamaan dengan 6 sudu gula dalam tu. 


Tips baca label cari perkataan sugar atau Carbohydrates sebab kadang-kadang memang kat label tak tulis sugar, tengok carbohydrates per serving tu berapa bahagian dengan jumlah content. Contoh label 30g Carbo, bahagi preserving contohnya 4,so contain gula kat situ 6 sudu gula. 


6 sudu tu rasa sikit sebab tak nampak bila dah masuk dalam bentuk makanan, tapi cerr try letak 6 sudu gula dalam 1 gelas, memang kita tak gamak nak minum, overdose manis. 


Apa-apa yang kita makan, masuk dalam badan akan bertukar jadi gula. Contoh karbo roti, nasi, tepung putih, sayur pun ada Carbo ikut jenis. Bukan setakat bliss point sebenarnya, ada kajian dia buat untuk buat mouth fill, perfect crunchyness bagi kita sentiasa rasa nak mengunyah. 


Memang ada kajian macam tu, so diorang memang untunglah. Kita yang makan ni sakit ke sihat tak penting pun bagi diorang, pun tak salah diorang sebab kita yang PILIH UNTUK MAKAN, betul? betul? 


Karbohidrat memang kita tak boleh nak elak, tapi yang penting kuantiti yang kita ambil. Tak kisah parboil rice, brown rice ke tetap karbo. Atas kesedaran kita nak sihat, biasa kita ambil 2 senduk nasi, boleh kurangkan kepada 1 senduk pun dah sangat cukup. 


Nak makan nasi takde masalah, it defeat the purpose. Kalau yang ada kencing manis, you really have to cut down your carbohydrates , boleh je tak makan nasi sebab banyak pilihan lain yang kita ada untuk makan tapi kena tahulah diri kita macam mana. Nak makan takde masalah, tak nak makan pun takde masalah.


Kalau tak you cucuk ubat ke, ambil ubat, benda tu takkan bagi kesan pada you, sebab ubat tu cuma untuk kawal. Isunya adalah kencing manis ni adalah extra sugar. Ramai orang ingat sugar tu semata-mata gula putih atau bermacam gula sedangkan karbohidrat pun adalah gula. Nasi adalah gula, tepung adalah gula. 


Kena belajar untuk manage. Berapa banyak gula sebenarnya yang masuk dalam badan kita. Makan lauk banyak takde masalah. Istimewa orang Malaysia ni kita banyak adapt dengan banyak resepi, so macam-macam cuisine, so berani mencuba benda-benda baru. 


Konsep BLISS POINT kena faham sebab penting. Suku-suku separuh? Boleh. Banyak lagi rahsia-rahsia ingredients ni kalau nak cerita. Paling basic tengoklah SUGAR CONTENTS. Kena faham bliss point ni sebab kita akan tahu sebab kita gigil, craving. Brain kita dah hard wired, hari-hari otak kita akan minta lagi, lagi dan lagi. 


Share ilmu ni jangan kedekut, supaya ramai lagi yang faham konsep dan tahu ilmu ni. Terima kasih doktor, moga diberi ganjaran syurga atas perkongsian. Ika panjangkan dalam bentuk penulisan supaya ada yang tak tertinggal ilmu mahal ni. 


Kredit: DrMizam Baha


>>#Share post ini untuk orang-orang yang anda sayang supaya lagi ramai yang dapat manfaat. 


Start hari ini, mula cakna. Self-awareness. Take charge your health.

Setiap kali nak kurangkan berat badan,risau bab makan bila tukar menu, sebab tak menarik, tak sedap, progress nak capai goals terbantut tengah jalan. Boleh ke makan sambal masa diet ye? Risau takut sebab utama gagalkan misi kes makan sambal. Betul dan salah, kalau makan sambal, nasi makin bertambah, makanya makan sambal lada memang gagalkan misi anda, namun betul jika anda makan sambal yang resepinya diolah lebih sihat, maka proses berat turun berat badan mungkin akan lebih efektif. 


Timbul persoalan, betul ke makanan atau sambal lada boleh turunkan berat lebih efektif? Mana taknya dah makan tu kalau berpeluh-peluh dahi, seluruh badan, mesti bakar kalori dan lemak sekali. 

Memang betul, kajian ada mengatakan kesan capsaicin yang meningkatkan penggunaan tenaga dan sedikit sebanyak dapat membakar lemak. Tetapi, hanyalah dalam jumlah yang kecil.


Pembakaran lemak hanya efektif melalui aktiviti fizikal iaitu pergerakan badan, bukan mulut je yang kuat mengunyah. Nak makan sambal lada dalam menu diet memang boleh, takde masalah. Yang masalah bila terlalu banyak makanan pedas mungkin merisikokan keradangan dan kecederaan usus. Bersederhana dalam apa jua pengambilan makanan. Kalau letak sekilo gula dalam sambal lada pun boleh ke lain matlamatnya. 


Apakah brokoli?
Brokoli ialah sayuran hijau bercabang dengan sama ada bunga ungu atau lebih biasa hijau. Ia tergolong dalam keluarga brassica, bersama dengan kembang kol, kubis dan kangkung, dan boleh dimakan mentah atau dimasak.
1. Baik untuk kesihatan jantung
Kajian oleh Nutrition Research mendapati bahawa pengambilan brokoli kukus secara kerap mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dengan mengurangkan jumlah kolesterol dalam badan. Satu lagi kajian di AS juga mendapati bahawa memperbanyakkan sayur-sayuran dalam diet, terutamanya sayur-sayuran brassica seperti brokoli, mungkin mengurangkan risiko penyakit jantung.

2. Mengandungi sebatian pelindung kanser
Walaupun tiada 'makanan super' tunggal yang boleh mencegah kanser, dan faktor risiko tertentu untuk kanser tidak berkaitan dengan diet, terdapat bukti bahawa pemakanan yang sihat boleh mengurangkan risiko kanser. Komponen utama brokoli ialah fitokimia yang dikenali sebagai sulforaphane, yang juga bertanggungjawab untuk rasa sedikit pahit brokoli. Kajian telah menunjukkan bahawa sulforaphane mungkin memainkan peranan dalam meningkatkan detoksifikasi toksin bawaan udara, seperti asap rokok, dan boleh membantu mengurangkan risiko kanser tertentu. Penyelidikan lanjut telah mencadangkan bahawa brokoli mungkin mempunyai sifat anti-kanser dan boleh mengurangkan risiko kanser prostat.

Pucuk brokoli ialah sumber yang lebih pekat bagi sebatian melawan kanser ini. Anda boleh dengan mudah menumbuhkan benih brokoli di ambang tingkap anda, ye mungkin untuk yang gigih bercucuk tanam ianya kelihatan mudah. Anda tahu bagaimana mendapatkan brokoli dengan lebih mudahkan? 

3. Mungkin baik untuk kesihatan mata
Brokoli mengandungi karotenoid, lutein dan zeaxanthin yang, pada 2003 dan 2006 kajian, dikaitkan dengan penurunan risiko gangguan mata yang berkaitan dengan usia, seperti katarak dan degenerasi makula. Brokoli juga mengandungi beta-karotena, yang ditukarkan badan kepada vitamin A, yang kekurangannya dikaitkan dengan rabun malam.


4. Boleh menyokong keseimbangan hormon
Sayuran brassica, seperti brokoli, mengandungi sebatian tumbuhan yang dipanggil indole-3-carbinol (I3C), yang bertindak sebagai estrogen tumbuhan dan boleh membantu mengimbangi hormon dengan mengawal tahap estrogen. I3C juga telah menunjukkan janji sebagai cara untuk mengurangkan risiko kanser payudara dan reproduktif akibat estrogen pada lelaki dan wanita, walaupun lebih banyak kajian diperlukan dalam bidang ini.

Brassicas, seperti brokoli, nampaknya mempengaruhi metabolisme estrogen yang berpotensi mengalihkannya kepada komposisi yang lebih baik.

5. Boleh menyokong sistem imun
Kaya dengan sulfur, brassica seperti brokoli boleh menyokong kesihatan usus, dan sebagai hasilnya meningkatkan pertahanan anda terhadap jangkitan. Ini kerana sulfur menyokong pengeluaran glutation yang penting untuk mengekalkan integriti lapisan usus, serta menyokong pembaikan. Sebagai antioksidan yang kuat, glutathione berfungsi di seluruh badan melindungi sel daripada kerosakan keradangan.

Adakah brokoli selamat untuk semua orang?
Bagi kebanyakan kita, brokoli adalah pilihan yang sihat. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami masalah tiroid, anda mungkin dinasihatkan untuk meminimumkan jumlah sayur brassica yang anda makan. Ini kerana sayur-sayuran ini boleh mengganggu penyerapan iodin yang diperlukan untuk penghasilan hormon tiroid. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa anda perlu makan jumlah yang munasabah dan secara konsisten untuk ini menjadi isu.

Brokoli ialah makanan berserat tinggi, yang bagi kebanyakan kita sangat bermanfaat – ia menyokong proses penghadaman dan menyediakan sumber bahan api untuk bakteria sihat yang berada di dalam usus kita. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah orang, makanan berserat tinggi boleh menyebabkan kembung perut dan gas, ini amat relevan bagi mereka yang mempunyai penyakit radang usus, penyakit Crohn atau kolitis ulseratif.

Jika anda cuba menurunkan berat badan, jumlah tidur yang anda dapat mungkin sama pentingnya dengan diet dan senaman anda. Malangnya, ramai orang tidak cukup tidur. Tidur yang nyenyak adalah salah satu kunci kesihatan yang baik-dan mungkin juga kunci untuk mengekalkan berat badan yang sihat. Terdapat bukti yang semakin meningkat bahawa orang yang kurang tidur mempunyai risiko pertambahan berat badan dan obesiti yang lebih tinggi berbanding orang yang tidur tujuh hingga lapan jam semalam.
Tidur yang cukup boleh membantu mengelakkan peningkatan dalam pengambilan kalori dan selera makan yang boleh berlaku apabila anda kurang tidur. Banyak kajian mendapati bahawa orang yang kurang tidur melaporkan mempunyai selera makan yang meningkat dan pengambilan kalori harian yang lebih tinggi. Berikut antara Petua yang boleh anda amalkan supaya tidur berkualiti dapat dilakukan. 



Kekalkan jadual tidur yang tetap: Perubahan besar dalam jadual tidur anda atau cuba mengejar tidur selepas seminggu lewat malam boleh menyebabkan perubahan dalam metabolisme dan mengurangkan sensitiviti insulin , menjadikannya lebih mudah untuk gula darah meningkat.

Tidur dalam bilik gelap: Pendedahan kepada cahaya buatan semasa tidur, seperti TV atau lampu sisi katil, dikaitkan dengan peningkatan risiko pertambahan berat badan dan obesiti.

Jangan makan sebelum tidur: Makan lewat boleh mengurangkan kejayaan percubaan penurunan berat badan

Kurangkan Tekanan: Tekanan kronik boleh menyebabkan tidur yang kurang baik dan penambahan berat badan dalam beberapa cara, termasuk makan untuk mengatasi emosi negatif

Jadi Early Bird: Orang yang tidur lewat mungkin mengambil lebih banyak kalori dan berisiko lebih tinggi untuk penambahan berat badan . Burung awal mungkin lebih berkemungkinan mengekalkan penurunan berat badan jika dibandingkan dengan burung hantu malam.

Mengekalkan Hubungan Sihat Dengan Badan Anda:Memutuskan sama ada anda perlu cuba mengubah berat badan anda adalah keputusan peribadi yang paling baik dibuat dengan bimbingan doktor anda. Jangan ambil kesemua maklumat kesihatan dan penurunan berat badan yang anda baca dalam banyak sumber, pilih dan sesuaikan dengan kemampuan anda amalkan.  Ingat bahawa kesihatan adalah perjalanan sepanjang hayat yang merangkumi bukan sahaja tabiat sihat tetapi juga mempunyai hubungan yang sihat dengan badan anda. 

Ramadhan bukan alasan untuk anda menangguh impian, usaha untuk turunkan berat badan malah ianya peluang untuk kita reset berat ideal yang mungkin sudah jauh berubah dari berat asal. Jika anda berpuasa dan masih ingin menurunkan berat badan pada bulan Ramadan, berikut adalah 5 petua untuk anda ikuti:

Kurangkan Pengambilan Karbohidrat Anda

Hadkan roti, nasi, kentang, pasta dan piza. Tidak mengatakan anda harus mengelakkan karbohidrat sepenuhnya tetapi anda harus mengurangkan pengambilan anda jika anda ingin mengurangkan lemak. Dengan ketiadaan karbohidrat, badan anda menggunakan simpanan lemak badan anda sebagai sumber tenaga dan oleh itu membakar lemak.

Fokus pada lebih banyak sayur-sayuran hijau, seperti salad, bayam, brokoli, asparagus dan kangkung.



Tingkatkan Protein Anda Untuk Sahur & Iftar

Diet yang tinggi dalam protein membuat anda menurunkan berat badan, meningkatkan metabolisme anda, dan menyekat selera makan anda. Pastikan anda makan ayam, daging lembu atau ikan untuk Iftar dan fokus pada telur untuk sahur. Ini adalah sumber protein berkualiti terbaik.

Ramai orang meningkatkan pengambilan protein mereka dengan mengambil lebih banyak kacang dan lentil. Walau bagaimanapun, ini juga tinggi dalam karbohidrat. Atas sebab ini, adalah lebih baik untuk berpegang kepada sumber protein haiwan.

Sekiranya anda vegetarian, pertimbangkan untuk mengambil suplemen protein.



Elakkan Jus Buah-buahan Dan Minuman Ringan

Jus, walaupun segar, mengandungi gula yang tinggi. Satu cawan boleh mengandungi sehingga 25g gula bersamaan dengan 5 sudu teh. Perisakan air anda dengan lemon, oren atau pudina sebaliknya!

Soda mempunyai lebih banyak gula. Satu Soda mempunyai kira-kira 32g, bersamaan dengan 6 sudu teh. Ramai orang beralih kepada soda diet, ini tidak mengapa jika diambil secara sederhana… sehingga dua kali seminggu. Pilihan yang lebih baik ialah beralih kepada air berkilauan.



Hadkan Pencuci Mulut

Kita semua tahu mereka tinggi gula dan kalori. Gula-gula harus digunakan sebagai hidangan dan bukan sebagai makanan harian seperti yang dilakukan oleh kebanyakan orang pada bulan Ramadan. Jika anda ingin menurunkan berat badan, hadkan pencuci mulut kepada 2 kali seminggu. Fokus pada mendapatkan keinginan manis anda daripada buah-buahan atau coklat gelap.



Kekal Aktif

Apabila anda aktif, anda membakar kalori. Ramai yang menganggap bulan Ramadan sebagai alasan untuk berhenti bersenam. Tidak aktif selama sebulan boleh melambatkan kemajuan penurunan berat badan anda. Berjanjilah pada diri anda untuk berlatih sekurang-kurangnya 3 jam seminggu.

Perubahan terkecil dalam rutin anda boleh memberi kesan yang besar kepada kesihatan anda. Mulakan hari anda dengan air lemon, sebagai contoh.

Sumber gambar:ifoodReal.com

Pakar perubatan dalaman Roxanne B. Sukol, MD, MS, membincangkan tujuh sebab mengapa anda harus mempertimbangkan untuk mengamalkan tabiat yang sangat mudah ini. Nak konsisten tak mudah tapi cubalah langkah kecil ni dengan memastikan buah lemon sentiasa ada dalam peti sejuk anda, jadi alasan untuk tidak mengambil air lemon mungkin boleh dilupakan. 

Membantu dalam penghadaman
Wow, yang ni menarik sebab ianya menyelesaikan kebanyakan masa lah dari kita iaitu masalah penghadaman. Asid membantu memecahkan makanan. Itulah sebabnya terdapat banyak dalam perut kita. Asid dalam lemon mungkin sangat membantu dalam menambah paras asid perut, yang cenderung menurun apabila kita semakin tua.

Membantu anda kekal terhidrat
Kebanyakan daripada kita tidak minum air yang mencukupi. Tabiat air lemon setiap hari adalah cara mudah untuk mendapatkan hari anda dengan betul. Bagaimana anda tahu jika anda cukup minum? Air kencing anda hampir jernih.

Menurunkan berat badan
Tahukah anda pengambilan air lemon yang konsisten dapat membantu penurunan berat badan
Renungkan kesan menggantikan air kopi atau latte pagi anda dengan air lemon. Bukan sekali sahaja, tetapi mungkin 20 kali sebulan — dan darabkannya dengan 10 tahun. Garis pinggang anda akan berterima kasih dan bergembira dengan usaha anda, kecil tapi bermakna dan memberi impak besar. 

Menghalang pengoksidaan
Seperti semua hasil, lemon mengandungi fitonutrien, yang melindungi tubuh anda daripada penyakit. Fitonutrien ini mempunyai sifat antioksidan yang kuat, yang menghalang kerosakan sel daripada pengoksidaan, mekanisme yang sama yang menyebabkan karat.

Membekalkan dos vitamin C yang sihat
Jus setengah lemon ke dalam air anda dan anda akan menambah hanya 6 kalori untuk diet anda. Selain itu, anda akan mendapat lebih daripada satu per enam daripada vitamin C harian anda, yang diperlukan untuk melindungi kita daripada kerosakan sel dan kecederaan pembaikan.

Menyediakan rangsangan kalium
Badan anda tidak boleh berfungsi tanpa kalium. Ia perlu untuk komunikasi saraf-otot, mengangkut nutrien dan sisa serta peraturan tekanan darah. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber penting kalium.

Membantu mencegah batu karang
Air lemon membantu mencegah batu yang menyakitkan pada mereka yang kekurangan sitrat kencing (sejenis asid sitrik). Lebih penting lagi, peningkatan cecair membantu mencegah dehidrasi — punca biasa batu karang.

Cara menikmati air lemon
Hanya perah separuh daripada limau nipis ke dalam segelas air. Berapa banyak? Bila? Ia benar-benar tidak penting. Apa-apa cara anda melakukannya, ia adalah tambahan yang bermanfaat besar untuk kesihatan anda. Tips lagi menarik, perahan lemon diminum dengan air suam, kenapa air suam? Kerana ianya seiring dengan suhu badan kita memudahkan penyerapan optimum dan lebih berkesan. Cubalah amalkan minuman lemon ni, anda akan mendapat kesan wow seawal seminggu hasil konsisten. Mudah bukan? 

Azam Tahun Baru penuh dengan jangkaan—ada yang sihat, yang lain tidak begitu. Matlamat biasa seperti makan lebih sihat atau menurunkan berat badan adalah mengagumkan, tetapi terdapat banyak matlamat lain yang boleh anda tetapkan pada Tahun 2023 juga, seperti meningkatkan rejimen tidur anda, bercakap dengan rakan setiap hari atau berjalan lebih banyak. Dan paling popular tentulah bab turunkan berat badan, semestinya topik hangat setiap tahun bagi wanita yang suka makan tapi nak kurus. Walaupun dah hampir suku tahun berakhir, jangan putus asa dengan progress yang perlahan dan pelbagai halangan untuk memulakan langkah kecil anda. 


Jika anda ingin mendapatkan maklumat mengenai makanan yang sesuai diamalkan dalam diet ini, layari saja internet dan dari situ anda akan dapati ramai orang berkongsikan menu mereka.
Persoalan utamanya, yang manakah paling berkesan? IF, diet kalori, Atkins, Keto atau suku-suku separuh? Hakikatnya, semua jenis diet di atas memang berkesan namun ia bergantung kepada individu dan keazaman anda untuk memastikan dapat mematuhi ‘peraturan’ dalam diet itu. Mana paling berkesan - itu bergantung kepada anda. Apa yang pasti, ramai pakar kesihatan berkata, jika ingin kurangkan berat badan, ia haruslah disertai juga dengan senaman supaya kita sentiasa sihat. Tidak salah jika cuba sebegini - 80 peratus penjagaan makanan, 20 peratus senaman.Tahukah anda sehingga 90 peratus kes diabetes jenis 2 boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. 

Antaranya mengurangkan berat badan yang berupaya mengurangkan risiko diabetes sehingga 50peratus. Wahh bunyi macam sikit je 5kg tu kan? Nak turunkan 5kg tu macam azab je, tapi kalau tahu cara yang tepat 5kg tu kacang je nak kasi turun kat penimbang berat. Sempena tahun baru, misi yang tak pernah basi dikalangan wanita adalah misi menjadi kurus, misi diet, misi kecilkan saiz badan tapi kami suka makan, kata mereka.

Diet suku-suku separuh
Dilancarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), diet ini secara asasnya sangat mudah.
Suku bahagian pinggan diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi atau roti, suku pinggan lagi diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging dan kekacang.
Suku bahagian pinggan diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi atau roti, suku pinggan lagi diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging dan kekacang.
Manakala separuh pinggan lagi diisi dengan buah dan sayur. Dengan mengamalkan konsep ini, seseorang dapat mengelakkan masalah obesiti yang akan membawa pelbagai penyakit tidak berjangkit.
Konsep diet ini dipromosikan meluas di hospital-hospital kerajaan di seluruh Malaysia dan pastinya, ramai pernah terlihat poster tersebut. 

Sambutan terhadap diet ini juga makin lama makin memberangsangkan.
Bahkan, ada pihak yang menjual pinggan khas ‘suku-suku separuh’ bagi memudahkan masyarakat mengamalkannya. Sehingga kini, nampaknya ramai sudah berjaya dengan mengamalkan diet tersebut.
Jika anda ingin mendapatkan maklumat mengenai makanan yang sesuai diamalkan dalam diet ini, layari saja internet dan dari situ anda akan dapati ramai orang berkongsikan menu mereka.

Diet Keto

Hampir sama dengan Atkins, diet ini merupakan diet yang sangat rendah dengan karbohidrat namun tinggi lemak, protein pula pada kadar sederhana.
Diet ini pada asalnya digunakan untuk merawat penyakit sawan pada tahun 1920an namun pakar kesihatan mendapati ia juga berkesan untuk menurunkan berat badan.
Badan memerlukan karbohidrat yang kemudiannya ditukar menjadi glukosa untuk tenga. Apabila karbohidrat dalam badan rendah, badan akan mencari sumber lain untuk ditukar menjadi tenaga.

Dalam proses ketosis, lemak tidak disimpan dalam badan kerana telah dibakar menjadi lemak dan oleh sebab itu, akan berlakunya penurunan berat badan dengan banyak.
Antara makanan disarankan dalam diet ini ialah avokado, santan, keju, mentega, minyak sayuran, pendek kata, makanan yang mempunyai banyak lemak. Protein sederhana, karbohidrat hanya sedikit

Diet atkins

Sama seperti diet keto, diet atkins juga menekankan tentang pengambilan karbohidrat yang sedikit dan rendah. Apa yang membezakan diet atkins dan diet keto adalah diet atkins membenarkan peningkatan pengambilan karbohidrat secara berfasa berbanding dengan diet keto yang mengekalkan pengambilan karbohidrat yang rendah.


Intermittent fasting 


Intermittent fasting ataupun IF juga tidak terkecuali daripada menjadi pilihan segenap masyarakat yang cuba berdiet. Apa itu diet intermittent fasting? Diet ini mengaplikasikan konsep berpuasa di mana pengamalnya akan berpuasa untuk berdasarkan jenis IF yang mereka amalkan. Berikut merupakan antara kaedah untuk melakukan IF ini.

  1. Kaedah 16/8: Pengamal perlu untuk berpuasa selama 16 jam dan meninggalkan sarapan pagi. Mereka mempunyai tempoh masa selama 8 jam untuk mengambil makanan selepas berpuasa.
  2. Makan-berhenti-makan: Kaedah ini memerlukan pengamalnya untuk berpuasa selama 24 jam, sekali ke dua kali dalam tempoh masa seminggu.
  3. Diet 5:2: Menggunakan kaedah ini, pengamal akan mengamalkan diet yang ketat selama dua hari dan mengambil makanan seperti biasa pada 5 hari selebihnya.

Ada yang mengatakan IF bukanlah diet tetapi ‘the way of life’ atau cara hidup. Konsepnya mudah, orang yang mengamalkannya harus berpuasa untuk satu tempoh yang agak lama, sekurang-kurangnya 14 ke 16 jam sehari untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif. Bahkan, boleh juga berpuasa sehingga 18 jam, 23 jam, 24 jam, 48 jam atau 72 jam. Ada juga yang mengamalkan OMAD (One Meal A Day), hanya sekali makan dalam tempoh 24 jam.

Menariknya, waktu tidur juga dianggap sebagai tempoh berpuasa dan dalam tempoh itu juga, mereka boleh minum air kosong, teh atau kopi ‘o’ tanpa gula atau menggunakan pengganti gula seperti stevia yang rendah kalori.

Pada waktu berbuka pula, mereka boleh makan apa sahaja tapi dinasihatkan untuk makan dalam jumlah yang terkawal, tidak begitu banyak supaya kesannya lebih ketara. Jika ditambah dengan senaman, kesannya pasti menghadirkan senyuman di wajah pengamalnya.

Diet detoks

Pasti anda pernah mendengar istilah detoks bukan? Apa yang dimaksudkan dengan diet detoks? Diet ini dikatakan dapat membersihkan tubuh badan daripada toksin yang berbahaya. Tapi benarkah ini pernyataan ini? Antara ciri-ciri utama diet ini adalah pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, jus, air herba, dan bermacam-macam lagi makanan dan minuman yang dikatakan mampu untuk mengeluarkan toksin di dalam badan.

Terdapat kurang kajian untuk membuktikan keberkesanan diet ini di dalam membuang toksin di dalam badan. Malah tubuh badan kita sendiri mampu untuk menyahkan toksin di dalam badan melalui fungsi hati, buah pinggang, usus dan kulit tanpa perlu untuk kita mengamalkan diet ini.


Diet Kalori


Lelaki memerlukan lebih banyak kalori berbanding wanita disebabkan peratusan otot yang lebih banyak pada tubuh mereka.

Begitupun, jumlah kalori diperlukan bagi setiap orang adalah berbeza namun lazimnya, lelaki memerlukan 2,000 kalori manakala perempuan pula 1,800 kalori dalam sehari.

Begitupun, jumlah kalori diperlukan bagi setiap orang adalah berbeza namun lazimnya, lelaki memerlukan 2,000 kalori manakala perempuan pula 1,800 kalori dalam sehari.

Dalam regim Diet Kalori, jumlah kalori yang masuk perlulah kurang daripada itu untuk memastikan berlakunya penurunan berat badan dengan lebih berkesan.

Pengamalnya perlu tahu jumlah kalori dalam makanan dan pastikan makan dalam kuantiti mencukupi, tidak lebih daripada keperluan kalori seharian.

Zaman serba canggih kini lebih mudah, banyak aplikasi boleh membantu mereka mengira kalori. Berdasarkan aplikasi tersebut, makanan bergoreng rupanya sungguh tinggi kalorinya malah kudap-kudap seperti pisang goreng juga agak tinggi. Sekiranya mereka berasakan pengambilan kalori harian agak tinggi, lebihan itu boleh ‘dibakar’ dengan bersukan. Sekiranya mereka berasakan pengambilan kalori harian agak tinggi, lebihan itu boleh ‘dibakar’ dengan bersukan.

Antara yang menjadi pilihan adalah berjoging dan andainya mahu lebih ekstrem, boleh dicuba latihan Tabata atau HIIT (High Intensive Interval Training).


Apa pun jenis diet, kunci utama adalah jaga pemakanan dan makan dengan betul adalah amalan sebaiknya yang dilakukan kita semua.Terlalu banyak makanan trending yang penuh dengan perasa, pewarna, pengawet juga gula yang menjadi tunjang rosaknya kesihatan seharusnya kita semua mengawal dan mengurangkan pengambilan makanan tersebut sebagai salah satu cara penjagaan kesihatan tubuh badan. Jangan asal nak beraya terus rasa gelabah nak kurus, buat pun hangat-hangat tahi ayam je nanti. Apapun terus semangat untuk yang dah merancang untuk mengubah tahap kesihatan diri. Jom mulakan sekecil-kecil langkah dengan menjaga waktu tidur yang cukup. Tu pun ramai tak mampu buat. 



A Better You Today. Theme by STS.