Dalam kegembiraan mommy terima berita kehamilan, ada satu kemungkinan yang mommy harus bersedia menghadapi kemungkinan semasa hamil. Bukan semua orang bernasib baik dapat laui proses kehamilan smooth ja. Komplikasi ketika hamil disebabkan beberapa faktor ada kalanya sesetengah ibu hamil mengalami alahan.


Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan simptom muntah-muntah, pening kepala dan perut sebu dan segalanya terasa serba tidak kena. Keadaan ini biasanya berlaku ketika mommy bangun tidur, namun ada juga yang muntah aje sepanjang masa sehingga menggangu rutin harian. Kebanyakan wanita hamil mengalami alahan disebabkan  oleh perubahan hormon pada badan. Ada juga yang mengatakan alahan disebabkan oleh ketidakseimbangan gula dalam badan.


Alahan semasa hamil tidak berbahaya namun ianya berisiko jika mommy tidak menangani alahan tersebut dengan sebaiknya.



Kebiasaannya, alahan yang dialami wanita mengandung dalam trimester pertama, Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan beransur hilang. Namun ada sesetengah ibu mengalami alahan sehingga kelahiran bayi. Untuk jangkamasa pendek, alahan kebanyakan tidak memudaratkan namun jika berlanjutan selama mana mengandung, ianya akan mempengaruhi perkembangan bayi dalam kandungan akibat kekurangan nutrisi dalam badan, malah kesihatan ibu juga turut terjejas.


Kebanyakan ibu alahan akan mengalami Dehidrasi (kekurangan air dalam badan)Simptom dehidrasi seperti pening-pening dan teramat dahaga dan air kencing kurang dari biasa. Sekiranya mommy mengalami situasi ini, segera berjumpa doktor untuk rawatan segera, biasanya ibu akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.


Tahukah mommy, rangkaian produk Shaklee dapat membantu ibu hamil mengurangkan atau mengatasi alahan hamil. Mommy yang dah buntu dah, tak boleh nak telan serba serbi, tapi penat, takde tenaga langsung dek alahan, meh whatsaap Ika directly, Ika bantu.



Ramai antara kita yang mengabaikan kewujudan bintik hitam atau tahi lalat yang banyak pada tubuh .Tanpa kita sedar ia sebenarnya mungkin menjadi petanda penyakit serius iaitu kanser kulit .

Melanoma adalah sejenis kanser kulit paling serius . Ia terbentuk di dalam sel - sel (melanosit) yang menghasilkan melanin iaitu pigmen yang memberikan warna pada kulit .

Penyebab sebenar melanoma tidak begitu jelas tetapi pendedahan kepada radiasi ultraungu (UV) daripada cahaya matahari atau lampu dan katil menggelapkan kulit meningkatkan risiko untuk mendapat melanoma . Melanoma kelihatan meningkat pada wanita terutamanya yang berumur bawah 40 tahun .


GEJALA 

   Melanoma boleh terbentuk pada sebarang tempat tubuh . ia kerap terbentuk pada kawasan yang terdedah pada cahaya matahari , belakang tubuh , kaki , lengan , muka . Melanoma tersembunyi lebih biasa berlaku pada mereka yang berkulit gelap .

Gejala - gejala dan tanda-tanda melanoma adalah :

  • perubahan dalam tahi lalat yang wujud .
  • pembentukan pigmen baru atau pembesaran luar biasa pada kulit .
    Melanoma tidak selalunya bermula sebagai tahi lalat . ia juga boleh muncul pada kulit yang normal. 

TAHI LALAT NORMAL 

     Tahi lalat normal biasanya memiliki jaluran warna perang atau hitam ,dengan sempadan berbeza memisahkan tahi lalat daripada kulit . Kebanyakan orang memiliki kebih kurang 10 hingga 45 tahi lalat . Walaupun tahi lalat boleh berubah bentuk seiring masa , kebanyakan daripadanya terbentuk ketika usia 40 tahun .

TAHI LALAT LUAR BIASA 

     Bagi membantu mengenal pasti ciri - ciri tahi lalat luar biasa yang boleh menunjukkan melanoma atau kanser kulit lain boleh melihat kepada :


  1. Bentuk tak simeetri - lihat pada tahi lalat dengan bentuk tidak teratur .
  2. Sempadan tidak teratur - lihat pada tahi lalat dengan bentuk-bentuk sempadan luar biasa , tertakluk , berkeluk .
  3. Perubahan pada warna - lihat pada pertumbuhan yang mempunyai banyak warna atau peredaran warna tidak sekata . 
  4. Garis pusat - pertumbuhan baru pada tahi lalat yang lebih besar .
  5. Perkembangan - perubahan setiap masa ,warna , atau bentuk .


PERUBAHAN PADA TAHI LALAT 

      Perubahana mencurigakan pada tahi lalat termasuklah :


  • Bersisik 
  • Gatal-gatal
  • Merebaknya pigmen daripada tahi lalat ke dalam kulit .
  • Pendarahan 
  • Tahi lalat berkanser (malignan) jelas berbeza penampilannya .


MELANOMA TERSEMBUNYI 

      Melanoma boleh terbentuk dalam kawasan tubuh yang sedikit terdedah atau tidak tidak terdedah pada  matahari .Apabila melanoma muncul pada kulit gelap , ia berkemungkinan untuk muncul pada bahagian tersembunyi .Melanoma tersembunyi termasuklah :


  1. MELANOMA DI BAWAH KUKU 
           Melanoma jarang dan muncul di bawah kuku dan boleh memberi kesan pada tangan atau kaki .ia berlaku pada mereka yang berkulit gelap . melanoma biasanya berwarna perang atau hitam tidak sekata yang sering disalah anggap sebagai sebagai lebam . 

      2.MELANOMA DALAM MULUT ,SALURAN PERCERNAAN , SALURAN URINARI                     ATAU  VAGINA.


            Melanoma mucosal terbentuk dalam membran mukus yang melapisi hidung ,mulut ,esofagus,dubur,saluran urunari dan vagina .melanoma sukar dikesan kerana ia mudah disalah anggap untuk keadaan yang lebih biasa .

      3.MELANOMA DALAM MATA

            Melanoma mata , turut dikenali sebagai melanoma okula , muncul pada uvea-lapisan di bawah mata putih . melanoma mst boleh meyebabkan perubahan pandagan dan boleh didiagnos semasa pemeriksaan mata .

PENYEBAB

       melanoma muncul apabila sesuatu menjadi tidak keruan dalam sel-sel penghasilan malanin yang memberikan warna pada kulit. Biasanya sel-sel terbentuk dalam cara terkawal .

       apabila sesetengah sel-sel membentuk DNA rosak ,sel-sel baru boleh tumbuh di luar kawalan dan membentuk sel-sel kanser .
       apa yang merosakkan DNA dalam sel-sel kulit dan bagaimana ia menbawa kepada malanoma adalah tidak jelas .

Masalah berat badan bukan sahaja tertumpu pada berat badan berlebihan,tetapi berat badan berkurangan juga dikategorikan sebagai masalah berat badan .Ada cara sihat untuk menambah berat badan di samping mendapatkan nutrisi yang di perlukan tubuh secukupnya.Ikuti tip menambah berat badan secara sihat :



AMBIL KARBOHIDRAT 

Tubuh memerlukan karbohidrat sebagai sumber tenaga .Jika ingin manaikkan berat badan ,anda perlu mengambil karbohidrat mencukupi. Karbohidrat sihat boleh didapati darpada beras merah,roti dan bijirin dari gandum penuh.Gandum merupakan sumber serat dan nutrisi .Makan ketika sarapan dan pilih yang bebas gula atau hanya mengandungi sedikit gula.



PROTEIN 

Tubuh memerlukan protein untuk pembentukan otot ,struktur organ dan menjaga fungsi sistem imunisasi tubuh .Pilih dengan cermat sumber protein sihat .Anda boleh dapatkan dari daging ,ikan ,ayam dan kekacang .Pilih daging segar dan hindari daging olahan .



LEMAK

Lemak diperlukan tubuh sebagai cadangan tenaga .Ia membantu menjaga kesihatan rambut,kulit dan fungsi saraf samping menyumbang pada penambahan berat badan .dan perlu berhati-hati dalam pengambilan lemak.Ambil lemak sihat - omega-3 dan omega-6.


VITAMIN

Ambil sayur sayuran dan buah-buahan beraneka warna agar keperluan vitamin tubuh dapat dipenuhi .campurkan beberapa buah dan sayuran dalam menu anda setiap hari.Semua mengandungi vitamin iaitu vitamin A,C,E,D,B,K dan sebagainya .


MINERAL

Kalsium ,zat besi , zink ,fosfor,iodin,natrium,kalium dan fluorin merupakan jenis mineral yang diperlukan dalam tubuh .Mineral berfungsi membentuk serta menjaga kepadatan tulang dan gigi,membentuk hemoglobin dalam darah ,mengatur kelancaran otot dan fungsi-fungsi .Hampi semuan makanan mengandungi mineral - kekacang,daging merah ,garam,susu,keju ,sayur sayuran , dan buah-buahan .


AIR PUTIH 

Minuman terbaik adalah air putih . Ia berkhasiat menghilangkan racun di tubuh badan ,melancarkan sistem pencernaan ,menjaga kelembapan kulit ,menjaga kesihatan buah pinggang .minumlah sekurang-kurangnya dua liter air putih sehari.


OLAHRAGA

Tubuh akan berisi dan tidak sihat jika tidak mengamalkan olahraga.Latihan kardio - joging jalan cepat atau aerobik boleh membantu membuat tubuh lebih cergas .Latihan ini boleh membentuk dada dan lengan agar lebih tegap.


JAUHI MAKANAN RINGAN 

Hentikan kebiasaan makan  makanan ringan - burger ,piza , kentang atau daging olahan yang dibekukan . Makanan jenis ini mengandungi lemak tepu dan lemak trans yang tinggi yang akhirnya boleh meningkatkan kolestrol jahat. Pilih makanan sedikit atau tanpa gula dan paling penting rendah lemak dan kalori.




Shaklee juga punya solusi untuk menambah berat secara sihat. Whatsapp Ika directly untuk urusan order dan konsultasi.

Ada dua kebencian para wanita dengan fizikal bila dagu berlapis. Satu ianya menandakan kita sudah termasuk dalam golongan yang punya masalah berat badan dan keduanya ia merosakkan penampilan diri. Iye kan? Bila disebut dalam bahasa kita 'dagu berlapis' tapi bila disebut dengan bahasa sains "Double chin", sungguh mengjengkelkan dan menyakitkan hati bukan? kerana dagu berlapis bermakna lebihan lemak yang terkumpul antara dagu dan leher.

Dagu berlapis sememangnya menyakitkan mata memandang kerana buat wajah lebih lebar dan tampak pelik. Bagi kita perempuan ni, bahagian dagu berlapis memanglah boleh disorok dengan anak tudung atau inner neck, tapi sampai bila.

PUNCA

  • amalan pemakanan yang tidak sihat menyebabkan lebihan lemak dalam badan terkumpul di bahagian dagu
  • ada sesetengah pihak mengatakan kekerapan tidur siang dalam jangka masa yang panjang turut menyumbang kepada masalah ini.
  • cara duduk dan cara berjalan  yang salah juga boleh menyebabkan dagu berlapis.
CARA MENGATASI

  • kawal kandungan kalori .pengambilan makanan yang berlemak dan berkolesterol tinggi perlu dikurangkan untuk mengelakkan pengumpulan lemak dalam badan .
  • elakkan tidur siang dalam jangka masa yang panjang terutama selepas makan .
  • lakukan senaman secara rutin untuk membakar lemak dan kalori .
  • dagu antara bahagian yang mudah berminyak dan mengumpul lemak ,lantaran bersihkan wajah dengan sempurna dan urut lembut selepas membersihkan muka .
  • kunyah gula-gula getah.ini dapat membantu otot muka agar lebih kuat .
  • lakukan senaman muka untuk mengatasi masalah lebihan lemak di bawah dagu.
  • senyum dan ketawalah selalu kerana ia membuat wajah bersenam secara semula jadi dan merangsang otot bekerja lebih kuat .
  • urut dagu setiap pagi dan malam dari bawah keatas .
  • sesetengah pihak mengamalkan tidur tanpa bantal begi mengatasi masalah dagu berlapis.
  • jika mampu,lakukan rawatan urutan wajah di spa .
  • ada juga yang mecuba rawatan moden dengan menggunakan mesin dan menyedut lemak .sebelum membuat rawatan ini,dapatkan nasihat pakar dan lakukan ia di tempat yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) .

PROMO SEPANJANG BULAN OGOS 2018

Ogos sempena bulan kemerdekaan ni, Shaklee menawarkan tawaran wajib grab dan of course, mommy yang bakal berpantang tu, offer bulan ni special for you. ye, awaklerr mak buyong comells tu. Jom grab promo best ni, from top to toe 




💓 SET BERPANTANG :
BELI FULLSET BERPANTANG DAPAT FREE "WHY I LOVE SHAKLEE BAG"

FULLSET BERPANTANG -
- ESP
- VITAMIN C
- ALFALFA
- OMEGA GUARD
- VITALEA IRON
- OSTEMATRIX
- B COMPLEX

 SHAKLEE BABY SET
BUY 1  GET FREE 1 SET


💓 VIVIX :
BUY 2 LESS 5%
BUY 6 FREE 1


💓 ALFALFA COMPLEX :
BUY 3 LESS 5%

💓 YOUTH SKINCARE :
BUY REPAIR AND MAINTAIN SET

OR
INTENSIVE TREATMENT AND REPAIR SET
"FREE FACIAL CLEANSE & FIRM DEVICE"


Nak order jangan malu segan, direct whatsapp Ika ye.




Biasanya dalam keluarga yang merokok hanyalah suami atau bapa yakni kaum lelaki .Namun ketika ini kaum wanita juga tidak ketinggalan mengikuti jejak yang kurang sihat tanpa menyedari tindakan tersebut sebenarnya menambah risiko  kesihatan kepada ahli keluarga .Ikuti ulasan tentang masalah ini.


Zurina dan dahlan merupakan perokok tegar .Setiap hari mereka pasti merokok.Menurut zurina ,perbuatan merokok bermula sewaktu bersekolah lagi.Justeru tabiat merokok sukar dibuang.Dahlan memulakan aktiviti merokok sewaktu di alam universiti.Dan zurina dia juga pernah cuba berhenti merokok namun gagal.

Banyak kali juga mereka mencuba untuk berhenti merokok namun ketagihan itu sukar untuk hilang .zurina pernah bertanyakan hal ini kepada doktor dan dia diberitahu bahwa rokok mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan seperti heroin dan kokain .
Menghisap rokok berulang kali boleh menyebabkan ketagihan .Ketagihan bermaksud tubuh kita mengeluarkan bahan tertentu yang boleh menghasilkan kesan seolah-olah rasa seronok atau segar.kesan seronok dan segar ini merupakan fenomena rangsangan akibat bahan kimia yang terhasil.

Apabila seseorang tidak merokok dia mula berasa khayal akibat kehadiran bahan perangsang kimia.Bahan perangsang kimia memberi rasa segar pada tubuh badan membuatkan dia berasa aktif.Namun sebenarnya perasaan itu hanyalah sementara sahaja .
Apabila rokok yang dipengang habis disedut , rasa nyaman mula berganti dengan rasa resah tak menentu .Ini membuatkan seseorang itu terpaksa menyalakan sebatang rokok lagi.Kadang-kala tidak ingat berapa batang rokok yang sudah dinyalakan .
Bagi zurina kesan dari rokok yang terlalu banyak ini kerap kali membuatkan dia batuk-batuk namun untuk berhenti dia tidak boleh.Apabila disahkan hamil zurina bertekad mahu berhenti merokok.

Pada bulan pertama dia berasa sukar namun apabila mengenangkan bayi dalam kandungan amat memerlukan perhatian rapi dia cuba juga untuk berhenti .Sepanjangkehamilan dia tidak merokok.Kandungan sihat dan dia selamat melahirkan .
Setelah anak berusia 4 tahun ,zurina kembali dengan tabiat merokok.perasan mahu meerokok itu bagaikan tidak surut-surutdalam jiwanya .Dia berasa amat risau kerana seorang kawan memberitahu bahawa anaknya tergolong dalam perokok pasif .

Kisah sebegini sudah biasa buat kita semua kan? Kesedaran tentang bahaya merokok dipandang remeh, tiada usaha gigih buat si bapa yang bergelar ayah. Sangat menyedihkan.



Perokok pasif bermakna seseorang itu tidak merokok tetapi menghidu asap rokok daripadamorang lain.Apabila anaknya di masukkan ke hospital kerana demam dan mempunyai komplikasi paru-paru,zarina mula sedar bahawa kata-kata sahabatnya adalah benar.Dahlan juga menyesali perbuatan merokok yang mengakibatkan penyakit anaknya . Bagi membolehkan mereka berhenti merokok mengikuti kaunseling khas di sebuah klinik.

BAHAN BERACUN

Sebenarnya tar dan nikotin dalam rokok bukan sahaja akan memberikan kesan buruk kepada paru -paru anda,malah ia mengakibatkan kulit berkedut dan kendur .Setiap kali anda menghisap sebatang rokok ,bahan-bahan kimia merbahaya tersebut akan memusnahkan kaplilari darah halus yang mengelakkan oksigen dan nutrien dalam darah menghampiri kulit anda .Daripada 4000 jenis bahan beracun dalam asap rokok , yang biasa dikenali adalah seperti berikut :


  • Tar - bahan untuk membuat jalan raya 
  • Ammonia - bahan dalam pencuci lantai 
  • Napthylamine - ubat gegat 
  • Arsenik - racun anai-anai 
  • Nikton - bahan yang boleh mendatangkan ketagihan 
  • Kadmium - terdapat dalam bateri 
  • DDT - ubat nyamuk
  • Formaldehyde - bahan untuk mengawet mayat 
  • Butane - gas yang boleh membunuh 
  • Methanol - bahan pembakar untuk roket 
  • Hydrogen cyanide - racun
  • Toluene - bahan pelarut 
  • Karbon monoksida - gas beracun 
PENYAKIT DIKAITKAN DENGAN ROKOK 

Apakah penyakit yang membawa maut dan dikaitkan dengan tabiat merokok?


  • Penyakit saluran pernafasan : lebih 10-20 kali ganda
  • Barah paru-paru :lebih 10-15 kali ganda 
  • Barah payudara: lebih 11 kali ganda 
  • Barah hidung dan tekak :lebih 5-15 kali ganda 
  • Barah mulut: lebih 3-15 kali ganda 
  • Barah saluran makanan : lebih 4-5 kali ganda 
  • Sakit jantung : lebih 1.5-3 kali ganda 
  • Barah buah pinggang : lebih 1.5-3 kali ganda 
  • Ulser perut : lebih 2 kali ganda 
  • Angin ahmar : lebih 2-3 kali ganda 


BAHAYA PENGHIDU ASAP ROKOK

Berbanding dengan asap yang dihisap oleh perokok , asap yang disedut oleh perokok pasif mengandungi :


  • 2 kali ganda nikotin 
  • 3 kali ganda tar 
  • 5 kali ganda karbon monoksida 
  • 50 kali ganda bahan kimia merbahaya

Shaklee punya solusi untuk para perokok tegar. Vivix antara tonik terbaik Shaklee Vivix mengandungi antioksidan yang sangat tinggi (6000 ORAC) dan berupaya membantu mengeluarkan nikotin dari dalam darah dengan cepat.




Ini isu panas dan hangat dikalangan mommy kan?


Sedih jugak baca luahan mommy yang terpaksa berpantang tanpa kerelaan dirumah mertua disebabkan desakan suami, atau dalam keterpaksaan. Kebanyakan isu yang timbul adalah ketidakselesaan bila berpantang tambah lagi kalau ada biras dan ipar duai didalam rumah tersebut.


Keselesaanlah faktor utama yang paling penting bila nak berpantang.


Kita selesa nak tidur baring bila-bila masa. Kita selesa bila-bila nak masuk keluar dapur. Kita selesa nak menyusukan anak bila-bila masa. Kita selesa nak makan bila-bila masa. Kita boleh sesuka hati kita nak buat apa ikut keselesaan diri kita bila duduk rumah mak sendiri berbanding mertua.
Kadang kita tak nak menyusahkan mak mertua dan paling nak jaga adalah hati mak dan mak mertua. Kita tak nak menyusahkan mak-mak yang makin dimamah usia.


Tapi bila bab pantang, semua dalam dilema kalau suami masuk campur guna kuasa veto tanpa bertanya dahulu kepada isteri akan kemahuan bila berpantang. Terpaksa turutkan semua permintaan suami tanpa berbincang terlebih dahulu.


Ika dulu ingat lagi memandangkan bapa mertua tengah sakit kalau boleh memang tak naklah duduk rumah mertua sebab fikir mak mertua dah sibuk tambah plak kita menyibuk, lagi kesian. Syukur sangat dah masa tu sebab boleh fokus berpantang kat rumah mak.


Tapi disebabkan permintaan mak dan bapa mertua nak tengok cucu setiap minggu terpaksalah berulang alik setiap hujung minggu semata-mata nak jaga hati mertua, tambah lagi tengah sakit. Ikutkan hati Ika sendiri memang tak naklah ulang alik macam tu, yelah diri sendiri pun tengah recover lagi, tapi itulah pengorbanan seorang isteri. Nasib baik suami pun faham, so takdelah biar bini sorang mengadap situasi cemtu. Lagipun sentiasa ingat pesanan ayah masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengaum, pandai-pandailah sesuaikan diri dengan situasi. 


Ika anggap tu jelah masa yang ada untuk mereka. Sama macam mak ayah kita sendirilah keluarga mertua ni. Kenangan masa berpantang. Teringat plak kat arwah abah. So tak salah pun berkorban untuk mereka, sebab kita pun tak tahu sampai bila boleh tengok wajah mereka. Alhamdulillah mak mertua Ika memang dari syurga dan sentiasa buat terbaik untuk anak menantu, cuma Ika lah kenkadang rasa segan sangat sebab rasa menyusahkan orang. So tu sebab lebih senang berpantang kat rumah mak sendiri, tu pun rasa serba salah jugak sebab still susahkan mak ayah

Tapi Ika ingat lagi pesanan ayah "masa mak ayah ada ni, baliklah berpantang kat kampung walaupun mak ayah tak larat dah jaga, boleh tengok anak depan mata berasa lega dah", hihi tu sebab Ika ingat pulun beranak selagi mampu, at least sempat lagi balik pantang kat kampung. So tu sebablah Ika bertimbangrasa untuk berpantang rumah mak mertua jugak sebab feelingnya mestilah sama dengan mak ayah kita rasa.



Bila anak dah mula sekolah semuanya, tak lain tak bukan memang kena pantang sendirilah nampak gaya, melainkan waktu berpantang tu cuti sekolah, hehe. Tak gitu mommy?.


Berpantang rumah mak atau rumah mertua adalah pilihan masing-masing. Pilihlah yang mana mudahkan kita, selesakan kita sebagai ibu yang tengah berpantang. Kita tak nak pantang dalam keadaan stress emosi dan perasaan.


Emosi dan perasaan tu datangnya dari faktor sekeliling jugak, sebab tu bila dah hamil, bincang dan rancang awal-awal bagaimana tempoh berpantang yang kita mahukan, dan suami pun kenalah faham situasi isteri yang luka emosi fizikal selepas bersalin. Jangan memaksa isteri dan berbincang secara dua hala supaya tiada salah faham dan tercalar emosi antara satu sama lain. Dua minggu pertama selepas bersalin adalah tempoh kritikal isteri selepas bersalin untuk pulih, sebaiknya ikutlah apa yang isteri selesa dan memudahkan tempoh penyembuhannya.

Lepas tempoh 40hari tu suruhlah isteri nak duduk selama mana pun rumah mertua, kerana tak semua mertua dapat memahami ketidakseimbangan hormon wanita yang lepas bersalin walaupun diri sendiri pernah alami dulu. Kalau tak takdelah bersepah luahan kat group rumahtangga, group ibu-ibu.


Ika hanya fikir suatu hari Ika pun bakal jadi mak mertua orang, sebolehnya kita tentulah nak buat yang terbaik untuk anak cucu kita. Moga-moga Ika jadi mak mertua yang berlapang dada dan tak kisah atau tak cepat ambil hati sekiranya menantu tak nak berpantang dengan mertua, sebab tu pilihan masing-masing.




A Better You Today. Theme by STS.